Perjuangan NGO Pendidikan Melayu Di Malaysia
- Regular price
- RM 30.00
- Sale price
- RM 30.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Perjuangan NGO Pendidikan Melayu Di Malaysia
Author: Jais Abdul Karim
Publisher: Yayasan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (YGPMS)
ISBN: 9789671159705
Weight: 0.5 kg
Pages: 240 pp
Year: 2012
Price: RM30
Perjuangan NGO Pendidikan Melayu Di MalaysiaBuku ini memaparkan semangat perjuangan yang tiada hujungnya walaupun GPMS bukan sebuah organisasi mewah atau elit namun kerana bercita-cita tinggi untuk memperkasa perjuangan dalam bidang pendidikan sekali gus bersedia mendepani pelbagai cabaran untuk menjadikannya sebagai sebuah organisasi yang kuat, disegani dan mempunyai gerakan mantap sehingga ke peringkat akar umbi.
Kendatipun buku ini berupa koleksi intipati daripada Ucapan Dasar Presiden - Presiden GPMS sejak dahulu, penerbitannya bukan hanya ditujukan kepada ahli-ahlinya sahaja. Penyuntingan semula ucapan ini dilakukan untuk mengajak pembaca tanpa mengira latar belakang NGO mahupun keturunan untuk berkongsi pandangan dan wawasan GPMS demi peningkatan mutu pendidikan orang Melayu di negara ini. Persaingan sihat antara pelbagai kaum dalam pendidikan menerusi Dasar Pendidikan Negara diterima baik oleh GPMS kerana mahukan kualiti pendidikan yang diiktiraf.