Pulau Sebatik: Potensi Pembangunan Bandar Sempadan
- Regular price
- RM 55.00
- Sale price
- RM 55.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Pulau Sebatik: Potensi Pembangunan Bandar Sempadan
Author: Ramli Dollah & Amrullah Maraining
Publisher: Penerbit UMS
ISBN: 9789672738947
Weight: 0.35 kg
Pages: 210 pp
Year: 2024
Price: RM55
Pulau Sebatik terletak di bahagian selatan Negeri Sabah. Selain dikongsi oleh dua buah negara, iaitu Malaysia dan Indonesia, pulau ini turut terkenal sebagai pusat pengumpulan kayu balak utama sejak tahun 1960-an dan mempunyai beberapa ciri menarik lain.Walaupun begitu, wilayah Sebatik Malaysia terus ketinggalan daripada arus pembangunan berbanding Indonesia. Malahan, kawasan SebatikMalaysia yang sejak tahun 1960-an sehingga 1990-an merupakan kawasan yang lebih maju berbanding Indonesia, kini sudah jauh ketinggalan dari segi pembangunan berbanding wilayah Sebatik Indonesia. Program pembangunan di sempadan Indonesia ini semakin ketara sejak era Jokowi di Indonesia yang berjaya mentransformasikan kawasan sempadan negara terbabit sejak tahun 2014 melalui beberapa dasar yang diperkenalkan. Menyedari akan hal ini, maka buku ini dihasilkan untuk melihat keperluan membangunkan kawasan sempadan di Pulau Sebatik. Pembangunan di kawasan sempadan bukan suatu yang mustahil kerana Malaysia turut mempunyai pengalaman membangunkan bandar di sempadan negara ini yang berkongsi sempadan daratan dengan negara lain.