Suluh Kemajuan
- Regular price
- RM 45.00
- Sale price
- RM 45.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Suluh Kemajuan
Author: ‘Abd Al-Karim Bin Shaykh ‘Uthman Al-Sarawaki
Publisher: Akademi Jawi Malaysia
ISBN: ISBN: 9789672422655
Weight: 0.5 kg
Pages: 141 pp
Year: 2024
Price: RM45
Suluh Kemajuan ialah sebuah karangan Tuan Guru H??ji ‘Abd al-Karim (1916-1961), anakanda kepada ulama’ tersohor negeri Sarawak, Shaykh ‘Uthman bin ‘Abd al-Wahh?b al-Sarawaki (1864-192) yang lebih dikenali sebagai Shaykh Uthm?n Sarawak. Suluh Kemajuan terdiri daripada 18 bab yang mempersembahkan nasihat dan panduan untuk sesebuah bangsa merdeka daripada penjajahan, sikap-sikap yang perlu ada untuk kemajuan bangsa dan semangat cintakan tanah air (?ubb al-watan). Antara sikap yang dianjurkan adalah berani yang dapat membela nasib ummat melampaui kezaliman, menetapkan arah tuju dan matlamat dalam berusaha, menghindarkan diri dari sikap penakut yang boleh membinasakan bangsa dan ummat, dan membuang sikap putus ada yang dalam memperkuat semangat kebangsaan. Menurut Tuan Guru, nasihat dan panduan ini “seumpama perkakas bagi mereka itu pada menolakkan dan menewaskan segala ketumbukan tentera-tentera kej?hilan, kebodohan dan nafsu yang amm?rah, dan juga dapatlah mereka menjauhkan diri daripada penyakit bercerai-berai.†Istimewanya, edisi transliterasi rumi ini diberi kata pengantar oleh dua orang ‘ulama tanah air, Shaykh ‘Abdull?h F?him yang ketika itu adalah Mufti Pulau Pinang dan Shaykh Zubayr bin ??ji A?mad, mudir Madrasah Idrisiyyah, Kuala Kangsar.