Politik Dan Kerajaan Tempatan
- Regular price
- RM 20.00
- Sale price
- RM 20.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Politik Dan Kerajaan Tempatan
Author: Kamarudin Ngah & Zaherawati Zakaria
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: ISBN: 9789834917159
Weight: 0.21 kg
Pages: 164 pp
Year: 2018
Price: RM20
Buku Politik dan Kerajaan Tempatan merupakan koleksi sembilan buah artikel yang ditulis oleh beberapa pensyarah daripada Institut Pengajian Tinggi Awam Malaysia berdasarkan kepakaran dan pengalaman masing-masing.
Buku ini memaparkan aspek-aspek teoretikal, hasil penyelidikan, kajian kes serta pengalaman penulis dalam konteks campur tangan politik, perancangan dan pengurusan kerajaan tempatan serta isu-isu lain yang berkaitan. Elemen ini berlaku di mana-mana sahaja sistem kerajaan tempatan yang terdapat di semua negara, malah menjadi sebahagian keperluan berdasarkan peruntukan perundangan yang digubal dan diguna pakai, baik pada peringkat kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri.
Buku ini memfokuskan isu politik dan hubung kaitnya dengan proses perancangan dan pengurusan kerajaan tempatan, termasuk proses membuat keputusan dalam pelbagai peringkat jawatankuasa pada peringkat kerajaan tempatan, dengan memaparkan praktis dan isu-isu yang dihadapi oleh beberapa pihak berkuasa kerajaan tempatan di negara ini.