Faktor Genetik Dan Manifestasi Organ Dalam Sistemik Lupus Eritematosus (SLE)
- Regular price
- RM 30.00
- Sale price
- RM 30.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Faktor Genetik Dan Manifestasi Organ Dalam Sistemik Lupus Eritematosus (SLE)
Author: Nor Azian Abdul Murad, Syahrul Sazliyana Shaharir & Abdul Khalif Adha Abd Talib
Publisher: UKM Press
ISBN: ISBN: 9786294860988
Weight: 0.3 kg
Pages: 167 pp
Year: 2023
Price: RM30
SLE adalah penyakit yang kompleks dan ianya adalah lebih berisiko dalam populasi Asia berbanding Kaukasia. Pesakit SLE lelaki lebih berisiko untuk menghidap komplikasi organ berbanding pesakit wanita. Kadar kematian pesakit SLE juga adalah berbeza antara pelbagai populasi. Di Asia, kematian berpunca daripada komplikasi organ dan jangkitan kuman. Secara amnya, rawatan SLE yang terkini mampu meningkatkan kadar kemandirian pesakit. Namun begitu, terdapat segelintir pesakit dengan rawatan tertentu, boleh memberi kesan sampingan yang teruk serta menyebabkan kematian. Manifestasi untuk komplikasi organ ini adalah berpunca daripada hubung kait alel minor dalam gen yang berkait rapat dengan pembentukan sistem autoimun dan keradangan. Ini menunjukkan faktor genetik adalah sangat penting dalam menentukan risiko SLE dan manifestasi organ dan ianya mampu menjadi sasaran terapeutik yang berkesan pada masa hadapan.
Pengenalpastian SNP dalam pelbagai populasi adalah amat penting bagi mengenal pasti faktor genetik dengan risiko tinggi untuk mengidap SLE. Disamping itu, ianya dapat dikaitkan dengan risiko untuk mendapat pelbagai manifestasi kepada komplikasi organ. Secara amnya, bilangan pesakit SLE yang mengalami komplikasi organ sentiasa meningkat setiap tahun, termasuklah di Malaysia. Faktor terbesar dalam manifestasi kepada komplikasi organ ini adalah latar belakang genetik pesakit SLE itu sendiri. Oleh itu, pengenalpastian faktor genetik yang berisiko tinggi bagi SLE dan manifestasi organ keatas pesakit mampu memberi impak positif untuk pengesanan awal, dan memperlahankan kadar keterukan dengan rawatan awal dimulakan seberapa segera. Walaupun kadar kemandirian dalam kalangan pesakit SLE telah bertambah baik, kadar kematian pesakit SLE masih tinggi berbanding populasi sihuat. Menurut perbandingan kajian genetik SLE antara populasi Asia dan Kaukaseball tenik berbandin Malaysia mempunyai manifestasi klinikal yang lebih teruk berbanding populasi Kaukanai dan ini mungkin disebabkan oleh ciri genetik yang berbeza berbanding populasi Kaukasia. Keradangan buah pinggang, paru-paru, jantung dan neurologi adalah merupakan faktor kematian yang utama dalam kalangan pesakit SLE di Malaysia. Inisiatif mengenal pasti SNP sebagai penandh molekul yang menyumbang kepada risiko penglibatan pelbagai organ mampu mengurangkan kadar kematian pesakit SLE.