Nilai, Norma dan Kesejahteraan Belia melalui Kesukarelawanan Alam Sekitar
- Regular price
- RM 30.00
- Sale price
- RM 30.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Nilai, Norma dan Kesejahteraan Belia melalui Kesukarelawanan Alam Sekitar
Author: Norshariani Abd Rahman & Alya Nasuha Abdul Rahman
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294861916
Weight: 0.2 kg
Pages: 146 pp
Year: 2024
Price: RM30
Terdapat keperluan mendesak terhadap aktiviti kesukarelawanan alam sekitar akibat daripada kerosakan alam sekitar yang semakin serius sehingga memberikan kesan terhadap perubahan iklim. Kesukarelawanan alam sekitar mendatangkan banyak faedah kepada individu yang terlibat terutamanya kepada belia, masyarakat dan alam sekitar. Melalui aktiviti kesukarelawanan alam sekitar, belia dapat memperkembangkan potensi diri di samping meningkatkan pengetahuan, kesedaran serta kemahiran dalam pengurusan alam sekitar. Kos pemuliharaan alam sekitar juga dapat dikurangkan melalui aktiviti kesukarelawanan alam sekitar. Oleh itu, kelestarian penglibatan sebagai sukarelawan alam sekitar perlu diberi perhatian untuk kesejahteraan sejagat. Faktor yang mendorong kelestarian penglibatan sebagai sukarelawan alam sekitar iaitu nilai, norma, kesejahteraan yang dirasai dan sokongan daripada kerajaan dibincangkan dalam buku ini adalah daripada perspektif latar belakang kesukarelawanan alam sekitar dalam kalangan belia.