• 99687801
  • 99687802
  • 99684461
  • 99684462
  • 99681372
  • 99681373
  • 99678601
  • 99678602
  • 99676205
  • 99676206
  • 99687801
  • 99687802
  • 99684461
  • 99684462
  • 99681372
  • 99681373
  • 99678601
  • 99678602
  • 99676205
  • 99676206
1

?Pemulihan Akhlak Berkesan Bagi Juvana

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Pemulihan Akhlak Berkesan Bagi Juvana

Author: Hezzrin Mohd Pauzi, Nor Jana Saim, Mohammad Rahim Kamaluddin, Norulhuda Sarnon@Kusenin
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294865150
Weight: 198g
Pages: 125 pp
Year: 2025
Price: RM30

Juvana remaja perlu diberi pemulihan akhlak yang berkesan dan komprehensif. Justeru, perkhidmatan pemulihan akhlak perlu disediakan kepada mereka meliputi aspek perancangan, pelaksanaan pemulihan dan akhir sekali memenuhi pencapaian objektif proses pemulihan tersebut. Buku ini dihasilkan dengan memfokuskan lima aspek penting dalam mendalami isu pemulihan akhlak juvana berkesan. Buku ini sesuai sebagai bacaan ilmiah dan boleh dijadikan panduan serta rujukan kepada golongan profesional khususnya pegawai yang terlibat dalam profesion menolong klien seperti dalam bidang kerja sosial pemulihan, psikologi, kaunseling dan sebagainya. Selain itu, buku ini juga sesuai untuk bahan bacaan umum dalam kalangan pelajar, remaja dan masyarakat. Ini bagi memahami bagaimana proses pemulihan akhlak yang cekap dan berkesan kepada remaja yang melakukan kesalahan sosial. Buku ini juga bermanfaat untuk para sarjana yang membuat penyelidikan dalam bidang perancangan dan pelaksanaan perkhidmatan pemulihan akhlak, juvana, delinkuensi dan tingkah laku antisosial. Penerbitan buku ini diharap dapat dijadikan sebagai sumber panduan ke arah pemulihan proaktif terhadap pesalah juvana.

HEZZRIN MOHD PAUZI (PhD) merupakan pensyarah kanan di Pusat Pengajian Kerja Sosial, Fakulti Sains Sosial Gunaan, Universiti Sultan Zainal Abidin. Bidang kepakaran beliau adalah kerja sosial pemulihan, perancangan dan penilaian perkhidmatan sosial. 
NOR JANA SAIM (PhD) adalah pensyarah kanan di Pusat Kajian Psikologi & Kesejahteraan Manusia (PsiTra), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bidang pengkhususan beliau adalah intervensi kehamilan remaja/ibu tanpa nikah selain turut menjalankan penyelidikan berkaitan pelarian kanak-kanak dan keluarga transnasional. 
MOHAMMAD RAHIM KAMALUDDIN (PhD) merupakan Profesor dan Pakar Kriminologi di PsiTra, FSSK UKM. Bidang pengkhususan beliau ialah jenayah dan delinkuensi, penilaian dan pengukuran kriminal, psikologi kriminal, profiling serta isu-isu sosial dan tingkah laku antisosial. 
NORULHUDA SARNON @ KUSENIN (PhD) merupakan pensyarah kanan di PsiTra, FSSK UKM. Bidang pengkhususan beliau adalah keluarga disfungsi, keganasan rumahtangga dan mesyuarat keluarga.