?Literasi Kewangan Islam dalam Era Digital
- Regular price
- RM 29.00
- Sale price
- RM 29.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Literasi Kewangan Islam dalam Era Digital
Editor: Aisyah Abdul-Rahman
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294865181
Weight: 323g
Pages: 212 pp
Year: 2025
Price: RM29
Literasi kewangan merupakan elemen penting dalam meningkatkan kesejahteraan kewangan rakyat. Walau bagaimanapun, tahap literasi kewangan global yang rendah dalam tempoh 30 tahun yang lalu telah mendorong pembentukan strategi nasional untuk pendidikan kewangan, selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) PBB. Di Malaysia, usaha ini menvokong Pelan Induk Sektor Kewangan (PIK) 2022-2026 oleh Bank Negara Malaysia. Selaras dengan sistem dwi kewangan (konvensional dan Islam), buku ini memfokuskan kepada literasi kewangan Islam, melangkaui pengukuran kewangan konvensional. la meliputi perancangan kewangan Islam seperti pengumpulan, perlindungan, penyucian, dan pengagihan kekayaan, serta pengurusan hutang. Buku ini juga memaparkan contoh aplikasi sebenar dan peranan teknologi digital dalam kewangan moden. Oleh itu, ia menyumbang kepada peningkatan literasi kewangan, rangkuman kewangan dan kesejahteraan kewangan rakyat malaysia.
AISYAH ABDUL-RAHMAN, PhD, Profesor dalam bidang Kewangan dan Perbankan Islam di Fakulti Ekonomi dan Penqurusan serta Felo Penyelidik di Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau aktif sebagai ketua penyelidik di samping berperanan sebagai penyelidik bersama dengan agensi kerajaan dan industri dalam bidang kewangan Islam.