Bahasa Melayu dan Jurnal Malaysia Bidang Ilmu Kemanusiaan dan Sains Sosial dalam Indeks Antarabangsa
- Regular price
- RM 0.00
- Sale price
- RM 0.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Bahasa Melayu dan Jurnal Malaysia Bidang Ilmu Kemanusiaan dan Sains Sosial dalam Indeks Antarabangsa
Author: Ardnt Graf
Publisher: USM Press
ISBN: 9789838614382
Weight: 0.16 kg
Pages: 88 pp
Year: 2010
Price: RM
Adakah bahasa Melayu sesuai sebagai bahasa ilmu antarabangsa pada zaman globalisasi dan pengantarabangsaan ini? Dalam buku ini kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu moden sejak kemerdekaan pada tahun 1957 diteliti melalui satu kajian empiris. Kajian ini mengandungi tiga bahagian. Dalam bahagian pertama, peranan bahasa Melayu dalam penerbitan buku dianalisis untuk tempoh 50 tahun antara tahun 1957 hingga 2006. Dalam bahagian kedua, penulis memfokus kepada peranan bahasa Melayu dalam penerbitan jurnal di Malaysia dalam tempoh yang sama. Akhirnya, dalam bahagian ketiga, penulis mengajukan pertanyaan, sejauh manakah dunia luar memerhatikan sumbangan jurnal yang ditulis dalam bahasa Melayu, Jika dibandingkan dengan jurnal yang ditulis dalam bahasa Inggeris? Hasil kajian buku ini membuktikan bahawa sehingga kini sejumlah jurnal berbahasa Melayu telah diiktiraf oleh pelbagai indeks antarabangsa.