Pendidikan Tauhidik Untuk Kesejahteraan Sosial
- Regular price
- RM 71.00
- Sale price
- RM 71.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Pendidikan Tauhidik Untuk Kesejahteraan Sosial
Author: Azhar Muhammad, Asma Lailee Mohd Nor & Ainul Kauthar Karim
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 9789834945121
Weight: 0.77 kg
Pages: 528 pp
Year: 2024
Price: RM71
Pendidikan tauhidik digerakkan oleh pendidik rabbani merupakan pendidikan yang mengutamakan keteguhan ketauhidan dan peningkatan nilai kemanusiaan. Mereka berusaha menyuburkan kasih sayang di sebalik kesukaran dan cabaran yang dihadapi semasa mendidik. Bagi mereka, setiap cabaran membawa bersama peluang untuk menambahbaik kualiti pendidikan tauhidik. Semangat mendidik terus subur dan pengalaman terus diperkayakan apabila setiap kali berhadapan dengan cabaran. Mereka sentiasa bermuhasabah dalam setiap gerak kerja bagi memastikan tindakan yang diambil akan mendapat keredaan daripada Allah SWT.
Sejajar dengan ini, mereka sentiasa bersiapsiaga untuk mengemaskini ilmu pengetahuan, kemahiran dan kepakaran dalam bidang pendidikan yang telah dipilih sebagai kerjaya. Kesediaan untuk membuktikan pendidikan tauhidik sebagai pendekatan yang terbaik mendorong pendidik rabbani untuk bersikap lebih terbuka, lebih penyayang, lebih empati dengan bertindak secara kritis, kreatif dan inovatif. Mereka akan lebih peka, proaktif dan berstrategik dalam mendapatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terbaik. Mereka akan berpedomankan ajaran Islam dengan menjadikan para nabi terdahulu sebagai model pendidik terbaik untuk diteladani dalam melaksanakan tugas-tugas pendidikan tauhidik.