• 99687715
  • 99687716
  • 99684370
  • 99684371
  • 99681295
  • 99681296
  • 99678522
  • 99678523
  • 99676128
  • 99676129
  • 99687715
  • 99687716
  • 99684370
  • 99684371
  • 99681295
  • 99681296
  • 99678522
  • 99678523
  • 99676128
  • 99676129
1

Analisis Peribahasa Etnik Di Sabah: Dusun Liwan, Dusun Kimaragang, Lundayeh, Rungus

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Analisis Peribahasa Etnik Di Sabah: Dusun Liwan, Dusun Kimaragang, Lundayeh, Rungus

Author: Azlan Shafie Abdullah @ Raymond Majumah, Rosliah Kiting, Rasimi Linggang
Publisher: Dewan Bahasa Dan Pustaka
ISBN: 9789834946791
Weight: 0.46 kg
Pages: 281 pp
Year: 2024
Price: RM35

Tahukah anda, peribahasa juga terdapat dalam kehidupan masyarakat pelbagai etnik di negeri Sabah? Istimewanya, buku ini mengandungi empat bab yang memuatkan hasil analisis peribahasa bagi empat etnik yang berbeza, laitu etnik Dusun Liwan, Dusun Kimaragang, Lundayeh dan Rungus. Peribahasa dalam masyarakat etnik Dusun Liwan dikenali sebagai tukadan atau poinukadan. Peribahasa dalam masyarakat etnik Dusun Kimaragang pula dikenali sebagai siriban, manakala dalam masyarakat etnik Rungus pula peribahasa dikenali sebagai suribhan dan sambatan. Walaupun tiada istilah khusus merujuk peribahasa dalam masyarakat etnik Lundayeh, namun peribahasa wujud dalam masyarakat ini.

Buku ini ditulis oleh penyelidik yang berpengalaman, arif dalam bidang berkenaan dan sering menjadi pakar rujuk yang mewakili etnik masing-masing. Setiap bab dalam buku ini memuatkan maklumat latar belakang dan pengenalan peribahasa sebagai sastera etnik berkenaan. Aplikasi teori turut dimasukkan dalam penulisan buku ini. Malah, fungsi dan himpunan peribahasa etnik berkenaan juga turut diketengahkan. Semua contoh peribahasa yang disenaraikan adalah dalam bahasa asal etnik berkenaan. Namun, peribahasa tersebut juga diterjemahkan dalam bahasa Melayu untuk memberikan kefahaman kepada pembaca.

Buku ini harus dijadikan sebagai bahan bacaan yang menarik kerana buku seumpama ini belum ada dalam pasaran. Selain itu, jangan ketinggalan untuk memiliki sebuah lagi buku berkenaan teka-teki yang berjudul Analisis Teka-teki Etnik di Sabah (Dusun Liwan, Dusun Kimaragang, Lundayeh dan Rungus). Pastinya pembaca umum, para pelajar, pensyarah, penyelidik dan pencinta sastera rakyat menanti kemunculan buku yang istimewa ini. Ayuh, miliki buku ini!