Mencanai Bahasa
- Regular price
- RM 34.00
- Sale price
- RM 34.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Mencanai Bahasa
Author: Mohd Januri Aiyub
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 9789834935580
Year: 2022
Pages: 324pp
Weight: 364g
Price: RM34
...Bahasa Melayu telah dijumudkan penggunaannya hanya untuk membicarakan perkara-perkara remeh dan terhad, sedangkan hal-hal yang lebih besar, tinggi keintelektualannya dan program yang mendasari pembangunan negara menggunakan kerangka serta pemikiran dalam bahasa asing, Tidak mustahil nanti, bahasa Melayu hanya dicatatkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara dalam Perlembagaan, sedangkan secara praktiknya bahasa itu telah dijumudkan oleh rakyatnya sendiri yang mengaku sebagai warganegara Malaysia yang merdeka....
Bahasa Melayu di negara ini bukan sekadar kata-kata untuk tujuan komunikasi warganya, bahkan bahasa ini merupakan jiwa bagi penuturnya. Sesuatu yang dijiwai, seharusnya turut dicintai, dipertahankan, dimartabatkan dan diperjuangkan kerana bahasa itu juga merupakan pancaran akal budi, budi rasa, budi fikir dan tamadun penuturnya. Bahasa yang dicintai seharusnya juga dipelajari, difahami dan dipertajam penggunaan pada setiap masa sesuai dengan khalayak komunikasi. Oleh itu Mencanai Bahasa dapat dijadikan panduan kerana frasa mencanai bahasa itu sendiri merujuk usaha memahami, melicinkan dan mempertajam pemahaman tentang bahasa. Apatah lagi bahasa yang dicanai itu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini.