Rumus Tatabahasa Bahasa Melayu: Sintaksis
- Regular price
- RM 15.00
- Sale price
- RM 15.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Rumus Tatabahasa Bahasa Melayu: Sintaksis
Author: Abdul Ghalib Yunus, Muhammad Norrudin Abdul Aziz
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 9789834914035
Year: 2017
Pages: 210
Weight: 330g
Price: RM15
Buku Rumus Tatabahasa Bahasa Melayu Sintaksis diterbitkan khusus untuk membantu murid, guru dan pembaca memahami selok-belok sintaksis, iaitu pembentukan dan golongan ayat denagn menggunakan rumus yang disediakan. Buku ini merangkumi 10 unit, iaitu Unit 1: Frasa Nama, Unit 2: Frasa Kerja, Unit 3: Frasa Adjektif, Unit 4: Frasa Sendi Nama, Unit 5: Klausa, Unit 6: Jenis Ayat, Unit 7: Ragam Ayat, Unit 8: Susunan dan Struktur Ayat dan Unit 10: Penanda Wacana. Dalam setiap unit, terdapatnya nota yang disertakan peta konsep yang merupakan gambaran awal bagi setiap pembentukan dan golongan ayat. Sebanyak 82 rumus bagi keseluruhan buku ini. Walau bagaimanapun, setiap unit telah dipecahkan kepada tajuk khusus yang disertai huraian tentang rumus. Penggunaan aspek salah dan betul diketengahkan supaya murid, guru dan pembaca dapat mengenal pasti penggunaan yang betul dan salah dalam ayat.
Selain itu, disediakan juga lapan soalan yang dipelbagaikan bagi menguj kefahaman tentang setiap tajuk serta memperkukuh pengetahuan tentang golongan kata. Latihan yang disediakan ini merupakan latih tubi untuk menguji dan mengekalkan ingatan tentang rumus yang telah diterapkan. Di samping itu, lampiran jawapan disediakan bagi memudahkan murid, guru dan pembaca membuat rujukan Setiap istilah yang digunakan dalam buku ini juga selaras dengan buku Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah serta Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Menengah. Buku in sesuai dijadikan rujukan bagi meningkatkan kefahaman tentang golongan kata bahasa Melayu kerana pendekatan yang digunakan ringkas, mudah dan sesuai dengan konteks pembelajaran. Buku ini sangat berguna kepada murid sekolah rendah atau menengah, guru, ibu bapa dan pembaca umum yang ingin meningkatkan dan mengukuhkan pengetahuan tentang pembentukan dan golongan ayat bahasa Melayu khususnya.