Gong Xi Fa Cai : Di Sebalik Tabir Perayaan & Kepercayaan
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Gong Xi Fa Cai : Di Sebalik Tabir Perayaan & Kepercayaan
Authors: Ahmad Iqram Mohammad Noor
Publisher: NHA Publications
ISBN: 9786299518112
Tahun: 2025
Weight: 306gsm
Pages: 246pp
Price: RM35
Selama ini, Perayaan Tahun Baharu Cina sering dianggap sebagai perayaan kebudayaan yang tidak mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama. Namun, kajian yang dibentangkan dalam buku ini mendedahkan sebaliknya. Buku ini mengupas aspek kepercayaan di sebalik Perayaan Tahun Baharu Cina terutama melalui sudut perspektif Agama Rakyat Cina (Chinese Folk Religion) yang dianut secara sinkretis oleh masyarakat Cina. Selain itu, disertakan fakta mengenai unsur kepercayaan dan rekod sejarah berkaitan asal usul perayaan ini yang jarang dibahas secara mendalam.
Antara persoalan menarik yang dibincangkan dalam buku ini termasuk:
1) Adakah Perayaan Tahun Baharu Cina semata-mata perayaan budaya tanpa unsur agama dan kepercayaan?
2) Bagaimanakah memahami cara pandang orang Cina terhadap elemen ghaib dan ritual agama Cina untuk membantu Muslim memahami hukum Islam terhadap sambutan ini?
3) Mengapa terdapat insiden orang Islam memakai kostum Dewa Kekayaan (Cai Shen) sempena Perayaan Tahun Baharu Cina dan mengapa ada program menyambut Tahun Baharu Cina di masjid?
4) Apakah larangan "tasyabbuh bil kuffar" (meniru orang bukan Islam) yang berkaitan dengan perayaan ini?
Buku ini amat sesuai untuk mereka yang ingin mendalami perspektif Islam terhadap budaya dan kepercayaan masyarakat Cina, serta memahami garis pemisah antara agama dan budaya yang tidak berkepercayaan dalam interaksi pelbagal kaum.