Pantun Berestetika : Teori dan Aplikasi
- Regular price
- RM 37.00
- Sale price
- RM 37.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Pantun Berestetika : Teori dan Aplikasi
Author: Ahmad Fikri Ab Rahman, Zamri Mahamod
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294864962
Weight: 193 gsm
Pages: 178 pp
Year: 2025
Price: RM37
Estetika dalam pantun merupakan ciri-ciri keindahan yang perlu ada dalam rangkap pantun. Justeru, buku ini menggariskan enam ciri pengajaran pantun beretetika yang perlu digunakan oleh guru-guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah ketika mengajarkan pantun dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Enam ciri pantun berestetika ini dihasilkan melalui kajian dengan 22 orang pakar Bahasa Melayu, iaitu: (1) lafaz pantun, (2) suku kata pantun, (3) rima akhir pantun, (4) pembayang maksud pantun, (5) maksud pantun dan (6) hubungan pembayang dengan maksud pantun.
Oleh itu, guru-guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah digalakkan menggunakan urutan pengajaran dan pembelajaran (PdP) pantun beresteika ini sebagai satu cara untuk menarik minat murid-murid Sekolah Rendah, terutamanya dalam kalangan murid bukan Melayu untuk mempelajari pantun. Model Pengajaran Pantun Berestetika yang dihasilkan boleh dijadikan sebagai panduan oleh guru-guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah, pelajar-pelajar Program Pendidikan Guru di Institut Pendidikan Guru (IPG), pensyarah-pensyarah Bahasa Melayu di IPG, penyelidik bahasa dan sastera Melayu, dan pihak-pihak berkepetingan yang mengkaji dan mencintai pantun warisan bangsa Melayu.