Imperatif dalam Surah al-Baqarah
- Regular price
- RM 48.00
- Sale price
- RM 48.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Imperatif dalam Surah al-Baqarah
Author: Syakirah Rifa'in @ Mohd Rifain Mat Taib PA
Publisher: DBP
ISBN: 9789834952563
Weight: 271 gsm
Pages: 224 pp
Year: 2025
Price: RM48
Buku Imperatif dalam Surah al-Baqarah ini secara amnya mengupas gaya bahasa perintah dalam Surah al-Baqarah daripada al-Quran al-Karim dari sudut ilmu ma'ani iaitu salah satu bidang utama dalam ilmu balaghah Arab. Secara khususnya pula buku ini mengupas bentuk-bentuk gaya bahasa perintah yang digunakan dalam Surah al-Baqarah, iaitu fi'l amr, lam amr yang memasuki fi'l mudari ", uslub khabariy yang memberikan maksud insyaiy dan masdar yang memberikan maksud perintah. Dalam kupasan tersebut penekanan diberikan kepada ujuan penggunaan bentuk-bentuk gaya bahasa perintah berkenaan, berdasarkal konteks ayat secara terperinci. Ayat-ayat yang dihuraikan dibataskan pada konteks syariah dan akhlak sahaja seperti solat, zakat, puasa, hutang, riba, berbakti kepada ibu bapa, doa, haji, umrah dan seumpamanya. Semua kupasan dilakukan berdasarkan tafsiran ulama dan sarjana Arab sama ada masa silam atau moden dalam buku-buku mereka. Perbincangan yang dilakukan ini dapat menyerlahkan kesenian dan keindahan bahasa dalam al-Quran al-Karim yang _ membolehkan pembacanya memahami dan menghayati dengan lebih mendalam di samping mentadabur kalamullah dengan penuh teliti.