Masyarakat Melayu Brunei di Borneo Utara (1881-1963)
- Regular price
- RM 60.00
- Sale price
- RM 60.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Masyarakat Melayu Brunei di Borneo Utara (1881-1963)
Author: DG. Junaidah Awang Jambol
Publisher: DBP
ISBN: 9789834951894
Weight: 320 gsm
Pages: 269 pp
Year: 2025
Price: RM60
Buku ini membincangkan peranan masyarakat Melayu Brunei dari zaman pemerintahan Kesultanan Brunei hingga zaman kolonial British. Buku ini turut menjelaskan migrasi masyarakat Melayu Brunei ke kawasan Pantai Barat Utara Borneo yang berlaku secara berperingkat-peringkat dan berkumpulan. Migrasi ini melibatkan golongan bangsawan (Pengiran dan Ampuan), pengawal, rakyat biasa dan ulun (hamba). Buku ini juga cuba untuk menonjolkan perubahan pelibatan serta pengekalan masyarakat Melayu Brunei dalam konteks politik pentadbiran, ekonomi dan sosial selepas tamatnya pemerintahan Kesultanan Brunei di Borneo Utara. Perubahan dan pengekalan dalam ketiga-tiga aspek inilah yang cuba dibahaskan bagi memahami dan mengetahui perubahan yang berlaku kepada masyarakat Melayu Brunei selepas Sabah mencapai kemerdekaan.
Dg. Junaidah binti Awang Jambol ialah Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah. Beliau pemegang ljazah Doktor Falsafah dalam bidang Sejarah. Beliau juga banyak menulis jurnal dan artikel berkaitan dengan masyarakat Melayu Brunei di Sabah.