Mukjizat Al-Quran Dalam Menangani Gangguan Tidur
- Regular price
- RM 60.00
- Sale price
- RM 60.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Mukjizat Al-Quran Dalam Menangani Gangguan Tidu
Author: Mohd Amzari Tumiran, Durriyah Sharifah Hasan Adli, Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd YusofPublisher: DBP
ISBN: 9789834949778
Weight:245 gsm
Pages: 199 pp
Year: 2025
Price: RM60
Buku ini membincangkan konsep mukjizat al-Quran sebagai intervensi terapeutik bagi gangguan tidur di samping mengintegrasikan pengetahuan saintifik dengan ajaran Islam. Buku ini memberikan perspektif Islam yang komprehensif tentang tidur, gangguannya dan cara menanganinya.
Buku ini dibahagikan kepada lima bab utama yang membincangkan sifat mukjizat al-Quran sebagai terapi, konsep tidur dalam kehidupan manusia, aktiviti tidur dari perspektif Islam, doa dan solat berdasarkan al-Quran dan hadis, serta hikmah amalan tidur yang berkualiti dalam Islam. Selain itu, dalam buku ini diterangkan juga 'jaz al-Quran, atau sifat mukjizat al-Quran, yang merangkumi pelbagai aspek seperti mukjizat linguistik, pensyariatan, fisiologi, dan psikologi. Penulis memberikan penekanan bahawa al-Quran sebagai mukjizat mampu memberikan kesan yang baik terhadap fisiologi dan psikologi manusia, terutama dalam menangani gangguan tidur. Oleh itu, bagi menyelesaikan permasalahan gangguan tidur ini penulis telah memberikan penekanan pada ayat al-Quran tertentu yang mampu memberikan ketenangan emosi dan ayat al-Quran yang perlu diamalkan sebagai persediaan sebelum tidur. Buku ini sangat berguna bagi mereka yang ingin memahami lebih lanjut tentang hubungan antara al-Quran, tidur, dengan kesejahteraan mental dan fizikal.
Penulis buku ini, Dr, Mohd Amzari Tumiran yang mempunyai kepakaran dalam bidang Pengajian Islam Kontemporari, Dr. Durriyyah Sharifah Hasan Adli, pakar dalam bidang Neurosains dan Dato' Profesor Dr. Mohd Yakub@Zulkifli Mohd Yusoff pakar dalam bidang Tafsir al-Quran. Antara karya lain yang pemah dihasilkan oleh penulis termasuklah buku berjudul Tidur Menurut Perspektif Sains Moden dan Sains Islam oleh Mohd Amzari Tumiran bersama dengan Durriyyah Sharifah Hasan Adli, dan 40 Hadis Pelestarian Alam Sekitar oleh Mohd Yakub@Zulkifli Mohd Yusoff