• 99687270
  • 99687271
  • 99683904
  • 99683905
  • 99680842
  • 99680843
  • 99687270
  • 99687271
  • 99683904
  • 99683905
  • 99680842
  • 99680843
1

Jiwa Merdeka: Liku-liku Perjuangan PKMM

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Jiwa Merdeka: Liku-Liku Perjuangan PKMM

Authors: Syed Shahriman Jamalullayl
Publisher: Wacana
ISBN: 9789671780350
Tahun: 2025
Weight: 148 gsm 
Pages: 95 ms
Price: RM25

Buku ini ialah hasil wawancara bersama Abdul Majid Salleh (1924-2015), seorang pejuang kemerdekaan tanah air yang mendokong perjuangan kiri menerusi Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Isi wawancara yang dilakukan sekitar tahun 90-an yang lalu ini, mungkin akan menimbulkan pelbagai persepsi dari pembaca lantaran jawapan kepada soalan-soalan yang dilontarkan adakalanya agak kontroversi dan sangat berterus terang, serta disulami dengan kritikan pedas. Liku-liku kehidupan dan perjuangan yang dilalui Abdul Majid Salleh telah menempa corak berfikir dan pemikiran yang tersendiri sesuai dengan desakan zaman yang mendewasakannya.

Selepas Malaya merdeka, meskipun tidak menurut acuan dan idealisme yang diperjuangkan, Abdul Majid Salleh tetap bersyukur dengan kemajuan negara yang bertuah ini walaupun beliau tidak mengecapi kesenangan lahiriah, tiada harta walau seinci tanah, walau sebuah rumah dan tiada pangkat mahupun pingat yang diperoleh. Membaca buku ini mendedahkan kekentalan dan ketulusan hati seorang pejuang kemerdekaan yang sepanjang hayatnya disaluti Jiwa Merdeka.