Biografi Tun Abdul Razak: Negarawan dan Patriot
- Regular price
- RM 120.00
- Sale price
- RM 120.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Biografi Tun Abdul Razak: Negarawan dan Patriot
Penulis: Nik Anuar Nik Mahmud, Muhammad Haji Salleh & Abd. Ghapa Harun
ISBN: 9789679429480
Penerbit: Penerbit UKM
Tahun: 2011
Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia kedua ialah arkitek utama dalam pembinaan negara-bangsa Malaysia. Ketika memimpin Malaysia, setelah terjadinya peristiwa 13 Mei 1969, beliau menyusun strategi serampang dua mata supaya negara mencapai pembangunan ekonomi yang pesat dan mantap serta memulakan langkah penyusunan semula struktur ekonomi dansosial masyarakat Malaysia yang berbilang-bilang kaum. Beliau memperkenalkan Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru yang terbukti berjaya membantu proses pembangunan negara untuk jangka panjang.
Buku ini memaparkan liku-liku kehidupan, perjuangan, visi, misi dan pengorbanan Tun Abdul Razak sebagai seorang negarawan dan patriot Malaysia. Antara tajuk penting yang dipaparkan dalam buku ini adalah: kelahiran seorang patriot, pengalaman di bawah pemerintahan Jepun, menimba ilmu di England, berjuang dalam UMNO, penggubalan Perlembagaan Persekutuan, pembentukan Malaysia, menangani konfrontasi Indonesia, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru, politik permuafakatan Barisan Nasional dan banyak lagi. Kebanyakan nukilan dalam biografi ini ialah hasil penyelidikan dan pengumpulan maklumat yang komprehensif dan berwibawa oleh tiga tokoh akademik yang berpengalaman luas. Banyak perkara yang dinukilkan belum pernah diketahui umum sebelum ini.