• 99687142
  • 99687143
  • 99683754
  • 99683755
  • 99680703
  • 99680704
  • 99687142
  • 99687143
  • 99683754
  • 99683755
  • 99680703
  • 99680704
1

Mustafa: Epik Kerohanian Seorang Kiai

Regular price
RM 45.00
Sale price
RM 45.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Mustafa: Epik Kerohanian Seorang Kiai

Author: Jamal Ismail
Publisher: Kawandanet
ISBN: 9789670079219
Weight: 0.45 kg
Pages: 464 pp
Year: 2024
Price: RM45

Novel ini berlatarkan peristiwa sejarah pemberontakan askar-askar Sepoy bermazhab Hanafi di Singapura pada tahun 1915. Titik hitam pentadbiran penjajah British yang menyogokkan ruang dan peluang kepada Kiai Mustafa, anak tempatan memperjuangkan Islam secara syumul di tengah masyarakat Singapura dan Johor.

Berhadapan tentangan British dan konco-konconya, dengan fitnah dan ancaman maut serta kumpulan pelampau agama yang menuduhnya pembawa bidaah dan khurafat, tokoh istimewa terkenal zuhud dan sufi luar biasa ini menekuni keyakinannya, Islam adalah agama sejahtera, damai, adil dan progresif.

Seluruh gejolak zahir yang ditempuh Kiai Mustafa dan jemaahnya, disulami pengalaman-pengalaman dan didikan kerohanian tokoh yang dihormati lawan dan kawan ini, epik ini diungkap dari laras cerita atau point of view seorang anak raja Johor bernama Tengku Hamzah yang rela menjadi khadam kepada tuan guru yang dikaguminya.

Sebuah fiksi, dimanfaatkan penulis untuk memberi makna dan tafsiran baharu kepada peristiwa berdarah di Singapura 100 tahun lalu buat renungan dan dinilai mengikut perspektif terkini perjuangan Islam di Nusantara.