• 99687060
  • 99687061
  • 99683653
  • 99683654
  • 99687060
  • 99687061
  • 99683653
  • 99683654
1

Muhammad SAW: Hikmah & Rahsia di Sebalik Peristiwa dalam Sirah Baginda

Regular price
RM 100.00
Sale price
RM 100.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Muhammad SAW: Hikmah & Rahsia di Sebalik Peristiwa dalam Sirah Baginda

Author: Shaykh A?mad Bin Gh?nim Al-Asad?
Publisher: Karya PiS Sdn. Bhd.
ISBN: 978-967-2910-51-0
Weight: 0.9 gsm
Pages: 618 pp
Year: 
Price: RM99

Rahsia dan Hikmah di Sebalik Sirah Nabi merupakan sebuah karya terjemahan daripada kitab berjudul Rahiq al-Tadabbur Fi Hikam wa Asrar al-Sirah al-Nabawiyyah karangan Shaykh Ahmad bin Ghanim al-Asadi, yang mempersembahkan sirah Nabi Muhammad bukan sekadar dalam bentuk naratif sejarah, tetapi dalam bentuk renungan yang sarat dengan hikmah dan isyarat ilahi.

Melalui pendekatan tafakkur dan tafaqquh, buku ini menyingkap hikmah-hikmah mendalam di sebalik pelbagai peristiwa penting dalam kehidupan Rasülullah-dari kelahiran sehingga kewafatan baginda, dari ibadah sehingga jihad, dari perkahwinan sehingga akhlak baginda yang luhur. Setiap bab dirangka untuk menyampaikan pengajaran rohani yang mampu menyentuh hati, mencetuskan rasa cinta kepada baginda, dan mengukuhkan keimanan serta penyerahan diri kepada Allah Taala.

Buku ini sangat sesuai untuk pembaca umum yang ingin menyelami makna tersembunyi di sebalik peristiwa-peristiwa dalam sirah kehidupan baginda. la juga berguna untuk para penuntut ilmu yang ingin mendalami dimensi hikmah dalam sejarah kehidupan Rasülullah dan pengkaji Islam yang mahu meneroka bidang tadabbur sirah secara sistematik.

Dengan gaya penulisan yang indah dan pendekatan yang ilmiah, buku Ini membawa pembaca menelusuri perjalanan agung Nabi akhir zaman dengan cara yang lebih mendalam dan berbekas dalam jiwa.