Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan Pekerjaan: Isu dan Penyelesaian
- Regular price
- RM 55.00
- Sale price
- RM 55.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan Pekerjaan: Isu dan Penyelesaian
Author: Normah Awang, Nurul Farahana Kamaludin, Dayana Hazwani Mohd Suadi Nata
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294863118
Page: 347 m/s
Year: 2024
Price: RM55
Kesihatan persekitaran dan keselamatan dan kesihatan pekerjaan merupakan dua bidang yang saling berkaitan dengan pengenalpastian, penilaian dan pengurangan bahaya yang boleh menjejaskan kesihatan manusia di persekitaran dan juga di tempat kerja. Kelestarian kesihatan persekitaran dan amalan baik keselamatan dan kesihatan pekerjaan memberikan pelbagai manfaat seperti mengurang-kan risiko penyakit, meningkatkan kualiti hidup dan jangka hayat manusia, serta turut mengurangkan risiko kemalangan atau kecederaan di tempat kerja.
Buku Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan Pekerjaan: Isu dan Penyelesaian ini telah melaporkan hasil kajian penyelidikan yang telah dilakukan oleh pelajar prasiswazah tahun akhir dalam bidang kesihatan persekitaran dan juga keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Dalam buku ini, terdapat pelbagai isu kesihatan persekitaran seperti kesan pendedahan terhadap logam kadmium kepada ketidakstabilan pertumbuhan ikan, masalah air sisa industri batik, isu kontaminasi permukaan sentuhan daging di tempat pemprosesan daging dan pencemaran logam berat di dalam tanah sekitar kilang simen telah dihuraikan.
Manakala isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan pula seperti kualiti udara dalaman di hospital, pendedahan terhadap bahan mudah meruap dan tahap fungsi paru-paru pekerja kilang pembuatan alat pengubah elektrik, kesan genotoksik pada pekerja operasi penyemburan, risiko kecederaan dan prevalens penyakit kulit pekerjaan dalam kalangan pekerja bengkel automobil dan risiko kesihatan dalam kalangan penumpang transit aliran ringan (LRT) juga telah dibincangkan. Kesemua isu ini adalah berdasarkan kajian yang dijalankan di Malaysia. Pelbagai cadangan penyelesaian telah disarankan kepada pihak bertanggungjawab dan juga para majikan untuk mengambil langkah yang proaktif untuk memastikan isu yang dihadapi dapat dikurangkan atau dihapuskan.