• 99696084
  • 99696085
  • 99696084
  • 99696085
1

Bantuan Demokrasi Jepun Ke Malaysia: Penstabilan Bukan Pendemokrasian

Regular price
RM 38.00
Sale price
RM 38.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Bantuan Demokrasi Jepun Ke Malaysia: Penstabilan Bukan Pendemokrasian

Author: Muhamad Takiyuddin Ismail & Amalin Sabiha Ismail
Publisher: UUM Press
ISBN: 9789670031057
Weight: 0.4 kg
Pages: 204
Year: 2022
Price: RM38

Isu bantuan demokrasi merupakan isu yang meluas dipolemikkan di Malaysia sejak sekian lama. Namun, perhatian banyak tertumpu kepada promoter demokrasi berprofil tinggi seperti Amerika Syarikat (AS) dan Jerman. Buku ini cuba merungkai peranan yang dimainkan oleh Jepun yang merupakan antara aktor utama dalam kalangan promoter demokrasi berprofil rendah. Data yang ditunjukkan oleh pangkalan data rasmi mengenai bantuan demokrasi, Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) menunjukkan bahawa Jepun berada di tangga kedua selepas AS sebagai penyalur bantuan demokrasi terbesar ke Malaysia. Data ini mendorong pertanyaan, di sebalik sumbangan yang relatifnya besar ini, apakah sebenarnya bentuk dan tumpuan bantuan demokrasi yang disalurkan oleh Jepun ke Malaysia? Apakah motivasi dan pertimbangan yang digunakan oleh Jepun? Apakah impak yang dikenakan oleh bantuan demokrasi ini dalam memajukan pendemokrasian di Malaysia?

Buku ini menghujahkan bahawa angka yang dipaparkan dalam data OECD tidak mencerminkan reputasi sebenar Jepun dalam konteks promosi demokrasi di Malaysia. Bersesuaian dengan kedudukan Jepun sebagai promoter demokrasi yang berhati-hati, kajian ini mendapati bahawa bantuan demokrasi Jepun ke Malaysia didominasi oleh penyaluran kepada sektor serasi-rejim khususnya reformasi pentadbiran dan juga sektor keselamatan ataupun apa yang lebih sesuai dipanggil sebagai bantuan tadbir urus. Jepun didapati lebih mengambil pendekatan untuk menstabilkan demokrasi berbanding dengan membantu proses pendemokrasian. Hal yang sama turut terlihat dalam memperkatakan peranan aktor bukan negara Jepun. Dengan mengambil contoh dua promoter terbesar iaitu Nippon Foundation dan Sasakawa Peace Foundation, kedua-dua organisasi dilihat lebih memainkan peranan akomodatif dan melengkapkan peranan kerajaan Jepun menerusi diplomasi laluan kedua.