• 99695384
  • 99695385
  • 99695384
  • 99695385
1

Biblioterapi Konsep dan Aplikasi

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Biblioterapi Konsep dan Aplikasi

Author: Md Sidin Ahmad Ishak
Publisher: Unisel Press
ISBN: 9789672586715
Weight: 0.382
Pages: 233pp
Year: 2022
Price: RM30

Semasa membaca atau menulis, kita sebenarnya terlibat dalam suatu proses biblioterapi, secara sedar atau tidak. Dalam proses tersebut, kita berkongsi fikiran dan perasaan, kita merasai kesengsaraan dan kegembiraan orang lain, kita memahami masalah diri kita dan dalam banyak perkara, kita menyedari sesuatu isu sehingga mengubah perspektif diri kita tentang isu tersebut. Melalui penulisan, kita menzahirkan perasaan gembira sehingga menimbulkan rasa puas hati, dan kita menyatakan kesedihan serta keprihatinan sehingga menimbulkan kelegaan. Membaca buku dapat menjadi terapi yang mendalam bagi banyak orang. Buku ini memperkenalkan konsep biblioterapi dan menyajikan contoh-contoh aplikasinya dalam pelbagai konteks. Ibu bapa, pendidik, pustakawan, kaunselor dan ahli terapi boleh mendapat kefahaman dan panduan tentang biblioterapi pembangunan dan biblioterapi klinikal, Biblioterapi pembangunan digunakan untuk memudahcara perkembangan peribadi dan membantu kanak-kanak dan remaja menghadapi cabaran serta transisi kehidupan. Biblioterapi klinikal, walaupun bukan kaedah pemulihan mutlak terhadap masalah-masalah psikologi, namun cara ini merupakan intervensi yang digunakan oleh pakar kesihatan mental untuk menangani masalah-masalah emosi.