• 99694405
  • 99694406
  • 99694405
  • 99694406
1

Mushaf Al-Quran: Penulisan dan Penandaan

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Mushaf Al-Quran: Penulisan dan Penandaan

Author:  Sabri Mohamad, Mohd Faizulamri Mohd Saad & Hamdi Ishak
Publisher:  UKM Press
ISBN:  9789672519447
Weight: 0.291
Pages: 190pp
Year: 2022
Price: RM35

Penulisan dan penandaan al-Quran al-Karim mempunyai piawaian-piawaiannya yang tersendiri. Keakuran terhadap semua piawaian tersebut perlu dipatuhi oleh semua pihak demi menjaga ketulenan dan keaslian al-Quran. Bermula turunnya wahyu Ilahi kepada Baginda SAW sehinggalah kini, umat Islam sentiasa prihatin terhadap penulisan al-Quran dari semua sudut. Penjagaan teks al-Quran melalui sistem penulisan Rasm 'Uthmani adalah suatu warisan yang telah sekian lama diasaskan dan telah mendapat sokongan semua ulama yang wajib dipertahankan oleh semua. Buku ini membincangkan Ilmu Rasm al-Quran melalui sejarah penulisan al-Quran di peringkat awal Islam dan asas-asas penulisannya. Pelbagai pandangan para ilmuan berkenaan hukum beramal dengan ilmu tersebut dan keistimewaannya turut dikupas secara tuntas. Perbincangan selanjutnya tertumpu kepada kaedah-kaedah penulisan Rasm ‘Uthmani dan isu-isu yang berkaitan dengannya yang wajar didedahkan. Ilmu Dabt al-Quran selaku ilmu penandaan al-Quran dibicarakan definisinya, pembahagiannya dan kepentingannya.

Buku ini juga membicarakan sejarah perkembangan Ilmu Dabt dan perkembangan tanda titik dan baris seperti tanda sukun, shaddah, mad dan lain-lain lagi dalam al-Quran. Hukum dan pandangan ulama berkaitan dengan pematuhan ilmu ini dan penggunaan warna turut dibincangkan secara terperinci. Penutup buku ini membicarakan percetakan al-Quran secara ringkas di dunia Islam. Secara asasnya, individu yang mempunyai ilmu berkaitan Rasm al-Quran dan Dabt al-Quran dapat mengenal pasti kesalahan-kesalahan atau penyelewengan yang berlaku dalam penulisan teks mushaf al-Quran. Oleh itu, kedua-dua ilmu ini amat penting demi menjaga kesucian teks al-Quran daripada kesalahan dan penyelewengan.