Keunikan Kejadian Alam Dari Perspektif Sains Dan Islam
- Regular price
- RM 32.00
- Sale price
- RM 32.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Keunikan Kejadian Alam Dari Perspektif Sains Dan Islam
Author:Firdaus Khairi Abdul Kadir, Noor Aisyah Abdul Aziz
Publisher: UMT Press
ISBN: 9789672793762
Weight: 0.5kg
Pages: 146pp
Year: 2023
Price: RM32
Keunikan Kejadian Alam dari Perspektif Sains dan Islam merupakan satu buku yang sesuai dijadikan rujukan dalam memahami tujuan penciptaan manusia sebagai khalifah dalam memegang tanggungjawab mentadbir alam ini dengan sebaiknya dan menyedari bahawa alam ini perlu dikongsi nikmatnya. Alam ini bukan sahaja didiami oleh manusia malah turut didiami oleh makhluk lain. Manusia dan alam sekitar sememangnya sangat rapat malah saling berhubungan bagi menjamin keseimbangan. Justeru, bertadabbur akan keagungan-Nya dapat meningkat keimanan dan menambahkan rasa syukur atas keluasan rahmat-Nya. Buku ini adalah merupakan sebahagian dapatan kajian daripada kajian asal iaitu Pembentukan Kaedah Dakwah kepada Saudara Baru Berteraskan Pendekatan Maqasid Syariah di Malaysia yang mendapati perlunya memberi tumpuan dalam meningkatkan pengetahuan terhadap alam sekitar bagi memantapkan lagi keimanan saudara baharu. Kewujudan alam ini juga adalah bukti adanya Allah SWT. Kerana itulah juga buku ini turut membahaskan alam sekitar yang sering dihujahkan oleh golongan Atheis. Maka buku ini ditulis bagi meningkatkan lagi kefahaman dalam membicarakan konsep alam yang sebenar serta pengurusannya.