• 99698505
  • 99698506
  • 99698505
  • 99698506
1

Unsur Etnosains Matematik Malayonesia Jilid III

Regular price
RM 40.00
Sale price
RM 40.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Unsur Etnosains Matematik Malayonesia Jilid III

Editor: Shaharir Mohamad Zain
Publisher: Dewan Bahasa Pustaka
ISBN: 9789834931575 
Weight: 
Pages: 399pp
Year: 2021
Price: RM40

Unsur Etnosains Matematik Malayonesia, Jilid III memaparkan dan membuktikan pancaran ketinggian ilmu mantik dalam tamadun Malayonesia. Satu daripada citra ketinggian tamadun berbahasa Melayu (tamadun Malayonesia) terpancar dalam gambaran daripada uar-uar retorik wujudnya ilmu mantik (atau lojik, logik dan logika) yang tinggi yang mungkin sesetengahnya mengatasi ilmu ini di Eropah pada zaman yang sama. Dalam kesusasteraan klasik atau cerita lipur lara, perihal tingginya ilmu ilmuwan Malayonesia dahulu (bertaraf pandita atau budiman) yang semestinya ahli dalam bahasa dan mantik, lalu diungkapkan sebagai "Tamat shorof dengan nahu, tamat mantik dengan makna tamat tafsir dengan bayan". Namun, selama ini tiadalah karya konkrit yang membuktikan adanya ilmu ini dalam tulisan berbahasa Melayu pada abad yang lama dahulu hingga abad ke-19 Masihi.

Di samping itu, dalam buku ini juga banyak dipaparkan bukti kekayaan ilmu SAKTI, termasuklah fizik, astronomi, kosmologi, dan matematik dalam bahasa Melayu sejak abad ke-5 Masihi dalam tamadun ini. Antaranya termasuklah bilangan dan angka perpuluhan (berlambang kosong) yang tertua di dunia dan model alam semesta abad ke-17 Masihi yang bitara Malayonesia sehingga kekompleksan dan kecanggihannya mendahului status model alam semesta Eropah pada abad itu. Semua ini benar-benar mengukuhkan kewujudan sebuah kemajuan besar yang menepati makna tamadun, tamadun Malayonesia, sekali gus membuktikan ampuhnya kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pada abad ke-5 Masihi hingga abad ke-19 Masihi.