Mudarabah dalam Institusi Kewangan Islam
- Regular price
- RM 42.00
- Sale price
- RM 42.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Mudarabah dalam Institusi Kewangan Islam
Author: Yusof Ramli
Publisher: UiTM Press
ISBN: 9789673051687
Weight: 0.25 kg
Pages: 153pp
Year: 2008
Price: RM42
Mudarabah sebagai satu alat dalam menggerakkan ekonomi masyarakat didapati masih sesuai untuk diguna pakai dalam pengurusan kewangan moden. Walau bagaimanapun, pemakaiannya memerlukan kepada penyesuaian dengan kegiatan ekonomi semasa. Dalam institusi kewangan di Malaysia, rata-rata institusi kewangan yang melaksanakan sistem kewangan secara Islam menggunakan kaedah mudarabah dalam hubungan mereka dengan pelanggan ialah dalam perkara mendapatkan deposit. Manakala dalam menggunakan wang deposit daripada pelanggan itu pelaburan pula mereka tidak memasuki kontrak mud?rabah. Sebaliknya digunakan dalam kontrak perniagaan yang lain, yang hampir terjamin dari segi keselamatan modal dan keuntungan. Kebiasaannya dibuat dalam kontrak mud?rabah, bay' al-'inah, bay' al-dyn, BBA dan gadaian. Ini dilakukan untuk mengelak kerugian yang akan hanya ditanggung oleh institusi kewangan berkenaan sebagai pemilik modal. Ini bermakna peluang pelanggan untuk mendapatkan bekalan modal daripada bank dalam bentuk kontrak mud?rabah amat tipis. Pendekatan yang diambil oleh institusi kewangan ini adalah untuk mengelak risiko kerugian akibat tiada kesungguhan, pecah amanah, cuai atau kekurangan kepakaran di pihak pelanggan. Langkah sedemikian juga diambil kerana urusan perniagaan mud?rabah tidak menentu dari segi peluang mendapat keuntungan. Ini kerana kerugian juga boleh berlaku disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti kehilangan, kemalangan, bencana alam dan lain-lain. Sedangkan institusi kewangan terutamanya bank memerlukan keuntungan yang terjamin untuk mengagihkan keuntungan itu kepada pelanggan secara berterusan.
YUSOF RAMLI, pemegang Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Mu'amalah Islam dari Universiti Malaya (2003), menerima Ijazah Sarjana dalam bidang Faraidh dan Pentadbiran Harta Pusaka dari Universiti Kebangsaan Malaysia (1991), Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (1982). Beliau pernah berkhidmat sebagai Guru Agama Kerajaan Selangor selama lima tahun (1973-78) dan mula berkhidmat di UITM (ITM) pada bulan Julai 1982. Kini beliau bertugas sebagai pensyarah (Prof. Madya) di Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam Universiti Teknologi MARA (UITM).