• 99697396
  • 99697397
  • 99697396
  • 99697397
1

Isu Kesihatan Persekitaran

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Isu Kesihatan Persekitaran

Editor: Normah Awang & Nurul Farahana Kamaludin
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672514053
Weight: 
Pages: 109
Year: 2021
Price: RM30

Buku Isu Kesihatan Persekitaran ini telah melaporkan hasil kajian yang telah dilakukan oleh beberapa orang pelajar prasiswazah yang memantau kualiti udara dan juga kualiti air di beberapa kawasan tertentu. Kajian yang dilakukan ini melibatkan penggunaan geran penyelidikan jangka pendek dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Buku ini telah melaporkan mengenai parameter kualiti udara di beberapa lokasi di Hospital Kuala Lumpur yang tidak mematuhi piawaian yang telah ditetapkan. Manakala hampir kesemua kualiti air kolam renang di hotel Port Dickson, Negeri Sembilan tidak mematuhi tahap piawal yang telah ditetapkan. Sementara itu kepadatan spesies A. 

Albopictus di Pusat Latihan Khidmat Negara adalah berada pada paras 2, iaitu kurang daripada dan tidak melebihi 30 % seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini menunjukkan persekitaran Pusat Latihan Khidmat Negara adalah selamat untuk didiami oleh peserta Penilaian indeks kualiti air di Kawasan Tadahan Loji Rawatan Air Salak Tinggi menunjukkan status tercemar. Manakala kualiti air dan bekalan air Sistem Gravity Feed dan Sistem Tadahan Air Hujan di Daerah Batu Pahat telah menunjukkan kualiti yang baik dan sesuai untuk digunakan oleh penduduk setempat. Buku ini secara umumnya telah mengupas beberapa isu menarik kepada orang awam, khususnya mengenal status kualiti air dan kualiti udara di beberapa kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai.