• 99697299
  • 99697300
  • 99697299
  • 99697300
1

Transformasi Tadbir Urus Rekod dan Maklumat Organisasi: Konsep

Regular price
RM 0.00
Sale price
RM 0.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Transformasi Tadbir Urus Rekod dan Maklumat Organisasi: Konsep, Pendekatan dan Cabaran

Editor: Zawiyah Mohd Yusof & Umi Asma’ Mokhtar
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672515005
Weight: 0.412kg
Pages: 277
Year: 2021
Price: RM40

Dalam era revolusi industri keempat kecenderungan melihat maklumat sebagai komoditi begitu ketara. Maklumat dianggap sebagai produk yang perlu diterokai bagi menghasil pilangan, membuat ramalan dan mencipta peluang baharu. Akibatnya, maklumat perlu dikongsi, namun maklumat kritikal/sensitif yang berkaitan dengan kerajaan atau negara perlu dilindungi bagi memelihara kedaulatan sesebuah negara. Disiplin governans maklumat berasal daripada agenda governans korporat yang bertujuan mengurus organisasi berdasarkan sesebuah kerangka yang menekankan kepada aspek etika dalam pengurusan. la berkembang selari dengan arus kemodenan teknologi yang meletakkan nilai maklumat sebagai aset penting organisasi sejak 1990-an. Teknologi baharu telah meningkat nilai maklumat dengan pantas tetapi mendedah maklumat terdedah kepada risiko antaranya kebocoran maklumat, ketirisan data serta kelemasan dalam lambakan maklumat yang menyebab pengurusan tidak dapat dilakukan secara optimum. Sebahagian daripada maklumat ini bernilai jangka pendek dan boleh dilupus sebaik tamat fungsinya, manakala yang lain mempunyai nilai jangka panjang dan tidak boleh dilupus kerana nilai pembuktian yang terkandung di dalamnya. Maklumat yang mempunyai nilai kekal pula tidak boleh dilupus sama sekali kerana bernilai sebagai khazanah warisan dan bahan penyelidikan. Oleh sebab maklumat mempunyai pelbagai peringkat kitar hayat, maka pengurusannya perlu diasas kepada konsep kitar hayat selain daripada menitikberatkan kualiti, sekuriti, kebersendirian dan keakuran. Hal yang sedemikian menjadikan maklumat perlu ditadbir urus (governans) kerana pendekatan tersebut adalah lengkap dan menyeluruh berbanding dengan pendekatan pengurusan maklumat.