• 15bd39faa70ef6b57204629d391e35d6
1

Transformasi Pendidikan Nasional – Antara Aspirasi Dan Anjakan

Regular price
RM 88.00
Sale price
RM 88.00
Regular price
RM 88.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products
Transformasi Pendidikan Nasional – Antara Aspirasi Dan Anjakan

Author: Hussein Haji Ahmad
Publisher: UM Press
ISBN: 978-983-100-865-2
Year: 2016
Weight: 0.350 kg
Price: RM88

TRANSFORMASI PENDIDIKAN NASIONAL – Antara Aspirasi dan Anjakan

mengandungi dua puluh tujuh artikel. Kandungannya memaparkan pelbagai analisis sub tema untuk mencetuskan kesedaran tentang cabaran-cabaran yang dihadapi oleh sistem pendidikan nasional ke arah mencapai aspirasi strategik yang dihasratkan oleh dasar pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Artikel-artikel berkaitan telah dipilih dengan tujuan menggalakkan para pemimpin pendidikan, pelaksana dasar dan golongan masyarakat berkepentingan, terutama sekali semua pendidik di sekolah dan bilik darjah, supaya sentiasa memikirkan tentang strategi, pendekatan dan metodologi baru yang lebih inovatif dan berkesan untuk menghidupkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang transformative bagi mencapai semua aspek tentang aspirasi sistem dan aspirasi pelajar yang dihasratkan dalam pelan tersebut.

Himpunan artikel yang terpilih ini meliputi lima bidang tema iaitu: transformasi dasar, transformasi kurikulum, transformasi kepemimpinan dan pengurusan sekolah, transformasi penilaian dan pentaksiran pembelajaran.dan transformasi pendidikan tinggi. Terkandung dalam tema-tema tersebut ialah sorotan idea para penulis tentang dasar dan kurikulum transformatif masa depan; pendekatan siber, digital dan ICT dalam pembelajaran; pedagogi, penilaian dan amalan pentaksiran; ketrampilan bahasa dan komunikasi (Melayu, Inggeris dan Bahasa dan Bahasa ketiga), pendidikan khas dan inklusif; pendidikan agama, moral dan etika serta identiti nasional; pendidikan teknikal dan vokesionall; pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM); keguruan dan profesionalisme; kemahiran berfikir aras tinggi, kreativiti dan inovasi; penglibatan ibu bapa dan komuniti berkepentingan; kemahiran insaniah dan pembangunan pelajar; dan keselarasan program pembangunan pendidikan tinggi dan sebagainya.

Buku ini adalah sesuai dibaca oleh Pegawai-pegawai di Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, para Pengetua, Guru Besar, Guru-guru, Ibu Bapa dan orang perseorangan yang berminat dalam aspek transformasi pendidikan nasional.