Psikospiritual Islam Berasaskan Ilmu Tasawuf
- Regular price
- RM 43.00
- Sale price
- RM 43.00
- Regular price
-
RM 43.00
Share
Psikospiritual Islam Berasaskan Ilmu Tasawuf
Author: Sharifah Basirah Syed Muhsin, Che Zarrina Sa'ari, Hasimah Chik
Publisher: UM Press
Format: Paperback
ISBN: 97896748844635
Pages: 136 pp
Weight: 216g
Year: 2026
Price: RM43
Kehidupan adalah ujian. Kesedihan, kekecewaan, keresahan, kegelisahan dan pergolakan perasaan adalah lumrah insan, terutamanya apabila berdepan dengan ujian dan cabaran kehidupan. Ketenangan jiwa adalah kunci kepada tindakan rasional yang telah lama diajarkan dalam khazanah ilmu Islam, khususnya melalui pengajian dan praktik ilmu tasawuf.
Psikospiritual Islam Berasaskan Ilmu Tasawuf membawakan penerangan berasaskan sumber utama Islam, al-Quran dan Hadis yang jelas tentang ujian atau ibtila’ yang mencabar diri manusia sehingga munculnya isu kesihatan mental. Malahan isu ini pula boleh berlarutan dengan timbulnya kecelaruan kebimbangan pada individu tersebut. Perbincangan turut menyentuh psikospiritual Islam serta hubungannya dengan tasawuf secara konseptual dan kontekstual. Buku ini mengusahakan cadangan bagaimana insan boleh melayari kehidupan dengan mendekati makna diri, memahami hikmah di sebalik ujian, dan merawat jiwa dengan panduan bersumberkan al-Quran, Hadis, serta pengalaman kehidupan yang dikutip dan dikongsi oleh para ulama tasawuf. Ditulis dengan gaya jelas dan berisi, buku ini sesuai untuk semua kategori khalayak yang ingin mencari ketenangan di tengah kekalutan dunia moden. Penulisan bukan sekadar bacaan, tetapi teman perjalanan jiwa.