• Makanan Halal Tayyiban_ Kerangka Syariah, Piawaian Industri dan Isu Kontemporari
1

Makanan Halal Tayyiban: Kerangka Syariah, Piawaian Industri dan Isu Kontemporari

Regular price
RM 44.00
Sale price
RM 44.00
Regular price
RM 44.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Makanan Halal Tayyiban: Kerangka Syariah, Piawaian Industri dan Isu Kontemporari

Author: Hawwa Abdul Mokti & Nor ‘Azzah Kamri
Publisher: UM Press
ISBN: 9789674884703
Pages: 134 p
Weight: 232 gm
Year: 2026
Price: RM44

Konsep halalan tayyiban merupakan asas dalam pemakanan Islam yang menuntut makanan bukan sahaja halal dari sudut hukum, bahkan memastikan makanan yang diambil memenuhi ciri-ciri kebaikan, keselamatan, kebersihan, kualiti dan bermanfaat kepada kesihatan. Dalam konteks perkembangan pesat industri makanan global, pemahaman yang menyeluruh terhadap konsep ini menjadi semakin penting bagi menjamin kesejahteraan pengguna serta integriti rantaian makanan halal.

Buku ini mengupas secara sistematik kerangka Syariah yang mendasari konsep halalan tayyiban, di samping meneliti indikator-indikator yang menentukan penghasilan makanan yang benar-benar halal lagi baik sebagaimana tuntutan syarak. Perbincangan turut merangkumi piawaian, manual dan peraturan yang menjadi asas tadbir urus industri makanan halal, sekali gus menonjolkan peranan pihak berkuasa, pengusaha dan pengguna dalam memelihara integriti ekosistem halal.

Buku ini juga mengangkat pelbagai isu kontemporari berkaitan makanan halalan tayyiban bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat terhadap cabaran semasa dalam industri makanan. Dengan pendekatan yang ilmiah namun mudah difahami, karya ini sesuai dijadikan rujukan oleh pelajar, penyelidik, pengamal industri, pembuat dasar dan masyarakat umum yang ingin mendalami konsep halalan tayyiban secara lebih holistik. Buku ini diharapkan dapat menyumbang kepada pembentukan budaya pemakanan yang lebih bertanggungjawab, selaras dengan tuntutan Syariah serta aspirasi pembangunan industri halal yang mampan.