Seorang Lelaki Yang Melalui Kedukaan dengan Mencuci Pinggan
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 35.00
Share
Seorang Lelaki Yang Melalui Kedukaan dengan Mencuci Pinggan
Author: Dr. Andreas Kurniawan
Translator: Ain Ahmad Lutfi
Publisher: The Biblio Press
Format: Paperback
ISBN: 9786297919249
Pages: 192 p
Weight: 200 g
Year: 2026
Price: RM35
"Buku ini akan membantu menuntun kita dalam proses penerimaan dan perubahan agar arahnya tidak menuju kemurungan, melainkan menjadi peribadi yang lebih kuat dalam menjalani kehidupan dan menikmatinya seadanya." - Kunto Ali, Pemuzik -
Ketika menyambut pesakit yang sedang berduka, seorang pakar psikiatri akan menggali ilmu yang dimilikinya. Dia akan menyelidiki segala teori yang pernah dipelajarinya semasa kuliah dulu dan mengingati pengalaman pesakit-pesakit sebelumnya. Kemudian, dia akan menyintesiskan semua itu demi membantu pesakit yang sedang berduka di hadapannya.
Akan tetapi, ketika Andreas, seorang pakar psikiatri, kehilangan anak-nya, dia melakukan hal yang berbeza. Dia melemparkan semua teori tersebut ke luar tingkap dan memutuskan untuk mencari makna tentang mengapa semua ini terjadi. Dalam pengalamannya, dia menemukan bahawa kedukaan boleh diharungi dengan mencuci pinggan kotor yang bertimbun di dapur.
Buku ini adalah proses Andreas memaknai kehilangan besar dalam hidup-nya. Diceritakan dengan santai serta tambahan sedikit rencah humor gelap, buku ini memuatkan panduan bermanfaat yang boleh terus diaplikasikan dalam hidup, seperti "Tutorial Mencuci Pinggan", "Tutorial Menyusun Puzzle" dan sudah tentulah "Tutorial Menerima Kematian Seorang Anak".
"Hampir semua orang bertanya, apakah kaitan kedukaan dengan mencuci pinggan? Jawapan saya adalah kedukaan itu seperti mencuci pinggan. Tidak ada orang yang mahu melakukannya tetapi pada akhirnya, seseorang tetap perlu melakukannya."