Gelagat Nasruddin Hoja
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 35.00
Share
Gelagat Nasruddin Hoja
Translator: Zaki Sapuan al-Hafiz
Publisher: The Biblio Press
ISBN: 9786297919621
Pages: 166 p
Weight: 144 gm
Year: 2026
Price: RM35
Nasruddin Hoja terkenal sebagai salah seorang tokoh cerita rakyat yang paling masyhur di dunia Islam. Dalam ribuan anekdot, beliau muncul sebagai imam, guru, qadi, penasihat, orang kampung dan rakyat biasa. Kadangkala beliau kelihatan lurus bendul, tetapi akhir-nya orang lain pula yang tersalah langkah. Ada masanya beliau menjadi bahan ketawa, dan ada masanya beliau mengalahkan orang kaya, hakim, gabenor serta penguasa hanya dengan satu jawapan atau sindiran yang tajam.
Cerita-ceritanya tersebar melalui para pengembara, pedagang dan ulama. Apabila sampai ke negeri yang baharu, nama, tempat dan latarnya berubah mengikut budaya masyarakat setempat. Di Turki, beliau dikenali sebagai Nasreddin Hoca. Di Azerbaijan, Iran dan Afghanistan, beliau disebut sebagai Molla Nasraddin atau Mulla Nasruddin. Di Kazakhstan dan Uzbekistan, beliau dipanggil Koja Nasruddin, manakala dalam tradisi Uyghur, beliau dikenali sebagai Nasruddin Effendi atau Afandi.
Namun, gaya ceritanya tetap mudah di kenal; ringkas, lucu, mengejutkan dan sarat sindiran terhadap tingkah laku manusia.