Kisah Nabi Ibrahim, Lut, Shu'ayb, Isma'il, Ishak & Ya'qub
- Regular price
- RM 68.00
- Sale price
- RM 68.00
- Regular price
-
RM 68.00
Share
Kisah Nabi Ibrahim, Lut, Shu’ayb, Isma’il, Ishak & Ya’qub
Author: Imam Isma'il bin Kathir al-Dimashqi (Ibn Kathir)
Publisher: Karya PiS
ISBN: 9789672910596
Weight: 781g
Pages: 602 pp
Year: 2025
Price: RM68
Buku ini merupakan siri terjemahan karya agung kitab al-BidÄyah wa al-NihÄyah karangan ImÄm IsmÄʿīl bin KathÄ«r al-DimashqÄ« (ImÄm Ibn KathÄ«r). Ia menyajikan sirah enam orang Nabi yang saling berkait rapat: Nabi IbrÄhÄ«m, LÅ«á¹, ShuÊ¿ayb, IsmÄʿīl, IsḥÄq, dan YaÊ¿qÅ«b.
Kisah ini bermula dengan Nabi IbrÄhÄ«m al-KhalÄ«lu-LlÄh (Kekasih AllÄh), yang bangkit menentang penyembahan berhala dan berdebat dengan ayahnya, kaumnya yang menyembah semesta alam dan berhala-berhala serta Raja Namrud yang mendakwa dirinya sebagai tuhan. Pembaca akan menyingkap kisah ajaib bagaimana Nabi IbrÄhÄ«m diselamatkan daripada dibakar dalam api.
Daripada keturunan Nabi IbrÄhÄ«m, lahirnya nabi agung yang lain, termasuklah kisah penyembelihan Nabi IsmÄʿīl dan khabar gembira kelahiran Nabi IsḥÄq dan Nabi YaÊ¿qÅ«b.
Buku ini juga menceritakan perjuangan Nabi LūṠmenentang kaum yang melakukan perbuatan keji (hubungan sejenis), yang berakhir dengan pembinasaan kota mereka dengan diangkat dan diterbalikkan, dihujani batu sijjÄ«l. Turut dimuatkan kisah Nabi ShuÊ¿ayb, yang digelar Khaá¹Ä«b al-AnbiyÄʾ (Pemidato para Nabi), yang menyeru kaum Madyan yang zalim kerana mengurangkan timbangan dalam urusan jual beli (taá¹fÄ«f), sebelum mereka dibinasakan dengan gempa bumi dan pekikan suara.
Keenam-enam kisah ini, apabila dibaca bersama, menghadirkan panorama besar perjuangan para nabi yang menyeru manusia kepada keadilan, kesucian, dan pengabdian hanya kepada AllÄh semata-mata. Setiap halaman membawa pembaca menyaksikan pergelutan antara keimanan dan kekufuran, antara tauhid dan syirik, antara kebenaran dan kesombongan. Ia bukan sekadar kisah untuk dibaca, tetapi panduan untuk direnung—bagaimana seorang anak berhujah penuh kasih dengan ayahnya yang musyrik, bagaimana seorang nabi memohon keampunan untuk ayah yang menolak kebenaran, dan bagaimana kesetiaan kepada AllÄh mengatasi segala hubungan darah dan bangsa.
Seperti biasa, siri kisah para Nabi ini dihuraikan secara terperinci berdasarkan dalil-dalil dari al-Quran dan Hadis, juga riwayat-riwayat yang telah dikumpulkan dan disaring oleh tokoh ulama tafsir dan pakar sejarah Islam, Imam Ibn Kathir -rahimahullah-.
Terjemahan ini diusahakan dengan penuh teliti berdasarkan edisi tahkik Dr. Ê¿Abd AllÄh bin Ê¿Abd al-Muḥsin al-TurkÄ«, dengan bahasa Melayu moden yang segar, menghidupkan semula kisah-kisah klasik agar dapat dirasai oleh generasi hari ini.
Bagi sesiapa yang ingin memahami bagaimana Islam menegakkan tauhid di tengah-tengah kegelapan syirik, atau ingin menyelami akar sejarah umat melalui para nabi pilihan AllÄh—buku ini adalah pintu masuk yang mesti dibuka.