Tadbir Urus dan Integriti: Satu Pandangan
- Regular price
- RM 25.00
- Sale price
- RM 25.00
- Regular price
-
RM 25.00
Share
Tadbir Urus dan Integriti: Satu Pandangan
Author: Syed Ahmad Albar
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294864641
Weight: 104 g
Pages: 42 pp
Year: 2025
Price: RM25
Tadbir urus dan integriti merupakan asas kepada pembinaan dan kelestarian negara. Kedua-duanya memainkan peranan penting dalam kehidupan sebagai individu dan rakyat Malaysia. Tadbir urus dan integriti menjadi lebih kritikal apabila ia memerlukan pertimbangan yang baik dalam mengimbangi kepentingan peribadi dan tanggungjawab individu kepada masyarakat dan negara. Dalam kita mengharungi cabaran ini, falsafah Machiavelli 'the end justifies the means yang tidak mempedulikan soal moral dan etika bagi mencapai maksud dan cita-cita adalah tidak terpakai. Tadbir urus dan integriti merupakan alternatif kepada usaha mencapai matlamat ini bagi menjamin kelangsungan dalam sesebuah pentadbiran. Tadbir urus bertindak sebagai satu kerangka manakala integriti adalah mekanisme yang mendorong kepada tingkah laku beretika.
Kedua-dua tadbir urus dan integriti mempunyai kepentingan tersendiri yang akan memberikan kesan langsung kepada masyarakat. Selain itu, dalam mendepani persekitaran dunia yang semakin kompleks, terdapat pelbagai cabaran yang perlu ditempuh dalam usaha membangunkan tadbir urus dan integriti dalam sesebuah pentadbiran. Cabaran-cabaran ini perlu diatasi dengan menggembleng seluruh usaha dan kesungguhan bagi memastikan sesuatu matlamat dapat dijayakan. Oleh itu, beberapa strategi telah digariskan bagi menangani masalah ini seterusnya memastikan tadbir urus dan integriti bergerak seiring dalam menjayakan pentadbiran negara seperti penubuhan institusi yang mantap, kebebasan badan kehakiman, akauntabiliti, sistem audit yang baik, interaksi yang telus kepada orang awam, pemimpin yang beretika, budaya integriti yang tinggi, prinsip toleransi sifar, konflik kepentingan dan mekanisme penguatkuasaan dan akauntabiliti yang kuat.