Suluh Kemajuan - 'Abd Al-Karim Bin Shaykh 'Uthman Al-Sarawaki
- Regular price
- RM 45.00
- Sale price
- RM 45.00
- Regular price
-
RM 45.00
Share
Suluh Kemajuan
Author: 'Abd Al-Karim Bin Shaykh 'Uthman Al-Sarawaki
Publisher: Akademi Jawi Malaysia
ISBN: ISBN: 9789672422655
Weight: 0.5 kg
Pages: 141 pp
Year: 2024
Price: RM45
Suluh Kemajuan ialah sebuah karangan Tuan Guru Ḥāji ‘Abd al-Karim (1916-1961), anakanda kepada ulama’ tersohor negeri Sarawak, Shaykh ‘Uthman bin ‘Abd al-Wahhāb al-Sarawaki (1864-192) yang lebih dikenali sebagai Shaykh Uthmān Sarawak.
Suluh Kemajuan terdiri dari 18 bab yang mempersembahkan nasihat dan panduan untuk sesebuah bangsa merdeka daripada penjajahan, sikap-sikap yang perlu ada untuk kemajuan bangsa dan semangat cintakan tanah air (ḥubb al-watan). Antara sikap yang dianjurkan adalah berani yang dapat membela nasib ummat melampaui kezaliman, menetapkan arah tuju dan matlamat dalam berusaha, menghindarkan diri dari sikap penakut yang boleh membinasakan bangsa dan ummat, dan membuang sikap putus ada yang dalam memperkuat semangat kebangsaan.
Menurut Tuan Guru, nasihat dan panduan ini “seumpama perkakas bagi mereka itu pada menolakkan dan menewaskan segala ketumbukan tentera-tentera kejāhilan, kebodohan dan nafsu yang ammārah, dan juga dapatlah mereka menjauhkan diri daripada penyakit bercerai-berai.”
Istimewanya, kitab ini diberi kata pengantar oleh dua orang ‘ulama tanah air, Shaykh ‘Abdullāh Fāhim yang ketika itu adalah Mufti Pulau Pinang dan Shaykh Zubayr bin Ḥāji Aḥmad, mudir Madrasah Idrisiyyah, Kuala Kangsar.