Mazhab Syafie Keutuhan dan Kelestarian
- Regular price
- RM 37.00
- Sale price
- RM 37.00
- Regular price
-
RM 37.00
Share
Mazhab Syafie Keutuhan dan Kelestarian
Author: Mohammad Adib Samsudin, Mohamad Zaini Yahaya & Muhammad Nazir Alias
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294866171
Weight: 322 g
Pages: 205 pp
Year: 2025
Price: RM37
Perbincangan mengenai mazhab Syafie sentiasa relevan dari semasa ke semasa. Antara faktor utama yang menyumbang kepada hal ini ialah proses istinbat hukum dan pengeluaran fatwa di Malaysia yang berasaskan mazhab Syafie. Buku ini mengumpulkan penulisan berkualiti para sarjana tempatan dari pelbagai universiti berkaitan isu-isu silam dan kontemporari mazhab Syafie. Para pembaca akan dihidangkan dengan maklumat biodata Imam Syafie r.a. dan latar belakang mazhab Syafie. Selain itu, pembaca dapat mengenali karya-karya ulung dalam mazhab Syafie sekaligus mengetahui dengan lebih yakin sumber rujukan mazhab yang terkenal di seluruh dunia ini. Buku ini turut mempersembahkan manhaj penulisan salah satu karya kaedah fiqh dalam mazhab Syafie iaitu al-Fawaid al-Janiyyah. Tidak ketinggalan, ciri kesasterawanan Imam Muhammad Idris Syafie r.a. turut dimuatkan dalam buku ini yang membuatkan para pembaca tertawan dengan bentuk dan gaya bahasa yang indah dalam karya berjudul Diwan Imam Syafie.