Kerjasama Keselamatan Sempadan Darat Malaysia-Indonesia
- Regular price
- RM 40.00
- Sale price
- RM 40.00
- Regular price
-
RM 40.00
Share
Kerjasama Keselamatan Sempadan Darat Malaysia-Indonesia
Author: Shahrizal Sa'ad, Mohd Ikbal Mohd Huda & Ravichandran Moorthy
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294865631
Weight: 311 g
Pages: 204 pp
Year: 2025
Price: RM40
Buku ini menawarkan analisis kritikal terhadap keberkesanan kerjasama keselamatan di sempadan darat antara Malaysia dan Indonesia menerusi platform Jawatankuasa Am Sempadan (General Border Committee, GBC Malindo) yang telah diwujudkan sejak termeterainya Security Arrangement 1972/1984. Lebih lima dekad pelaksanaannya, GBC Malindo masih bergelut menangani isu-isu keselamatan rentas sempadan seperti penyeludupan, kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pelbagai bentuk jenayah rentas negara. Berdasarkan penulisan akademik bertajuk Analisis Kerjasama Keselamatan Sempadan Darat Malaysia-Indonesia dari Perspektif Comprehensive Border Security Cooperation (CBSC) Model, buku ini mengupas pelbagai persoalan strategik, antaranya, mengapa impak GBC Malindo masih terbatas, bagaimana kepentingan nasional mempengaruhi hala tuju kerjasama, bentuk jurang tadbir urus dan keupayaan antara kedua-dua negara serta peranan faktor politik dan komuniti setempat dalam pelaksanaan strategi keselamatan. Buku ini merupakan rujukan penting bagi pengkaji, penggubal dasar serta pihak berkepentingan yang ingin memahami dinamika keselamatan serantau dan cabaran kerjasama dua hala antara Malaysia dan Indonesia dalam konteks keselamatan sempadan moden.