Zionisme: Daripada Idea Menjadi Kuasa
- Regular price
- RM 40.00
- Sale price
- RM 40.00
- Regular price
-
RM 40.00
Share
Zionisme: Daripada Idea Menjadi Kuasa
Author: Syahmi Afiq
Publisher: Book Surgeon
Format: Paperback
ISBN: 9789671944639
Pages: 227p
Weight: 390g
Year: 2026
Price: RM40
Kita banyak bercakap tentang Palestin, namun terlalu sedikit memahami ideologi yang melatari kewujudan Israel: Zionisme.
Zionisme: Daripada Idea Menjadi Kuasa menelusuri perkembangan Zionisme sebagai satu proses sejarah yang panjang bermula. daripada akar keagamaan, krisis messianik, kegagalan asimilasi Yahudi di Eropah, kemunculan pemikir proto-Zionis, sehinggalah kepada penginstitusian gerakan ini di bawah Theodor Herzl.
Buku ini tidak melihat Zionisme sekadar sebagai gerakan nasionalisme Yahudi, atau semata-mata sebagai persoalan agama. Sebaliknya, Zionisme dibaca sebagai sebuah projek kuasa: idea yang disusun melalui organisasi, diplomasi, penempatan, naratif, dan strategi jangka panjang sehingga akhirnya melahirkan negara Israel pada tahun 1948.
Dengan menelusuri karya Walter Laqueur, David Vital, Gershom Scholem dan Ilan Pappé, buku ini membongkar bagaimana Zionisme bergerak daripada imaginasi kepada program, daripada program kepada institusi, dan daripada institusi kepada struktur kuasa yang masih membentuk politik Palestin, Asia Barat dan dunia antarabangsa hari ini.
Ini bukan sekadar sejarah tentang masa lalu.
Ini usaha memahami bagaimana sebuah idea mampu menjadi kuasa dan bagaimana kuasa itu terus beroperasi hingga sekarang.