Pilihan Raya Umum ke-15: Potensi dan Cabaran
- Regular price
- RM 43.00
- Sale price
- RM 43.00
- Regular price
-
RM 43.00
Share
Pilihan Raya Umum ke-15: Potensi dan Cabaran
Editor: Sity Daud, Sharifah Nursyahidah Syed Annuar
Publisher: UKM Press
Format: Paperback
ISBN: 9786294867291
Pages: 170pp
Weight: 262g
Year: 2026
Price: RM43
Pilihan Raya Umum ke-15 Malaysia (PRU15) yang berlangsung pada 19 November 2022 ialah pilihan raya paling bersejarah kerana ia menghasilkan Parlimen tergantung buat kali pertama dalam sejarah Malaysia. Tiada parti atau gabungan mencapai majoriti mudah (112 kerusi) daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen. Tiada gabungan majoriti ini juga telah menyebabkan rundingan politik selama lima hari dan Yang di-Pertuan Agong telah memanggil pemimpin parti politik yang menang untuk mencari penyelesaian terbaik. Dalam PRU15 ini juga, Barisan Nasional (BN) yang gagal mempertahankan kerajaan telah menjadi "kingmaker". Akhirnya, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 atau lebih dikenali sebagai PMX untuk meneraju Kerajaan Perpaduan yang terdiri daripada gabungan beberapa parti utama, iaitu PH, BN, GPS, GRS, dan parti politik Sabah dan Sarawak yang lain. Ini sekali gus menandakan kerjasama kali pertama antara PH dengan BN dalam sejarah politik Malaysia. Buku mengenai potensi dan cabaran PRU15 ini telah mengupas beberapa isu besar seperti Undi18 dan daftar automatik bagi menambah jumlah pengundi, perpecahan politik Melayu, sokongan kuat PN, dan soal integriti. PRU15 juga telah menjadi titik tolak dalam politik gabungan bagi mengurangkan dominasi satu parti atau koalisi seperti era BN. Adalah menjadi harapan rakyat Malaysia agar politik menjadi lebih stabil selepas penandatanganan MoU kestabilan antara kerajaan dengan pembangkang.