• 7
1

Islam & Pemikiran Reformis Masa Hadapan: Mencerahkan Maqasid Yang Digelapkan

Regular price
RM 40.00
Sale price
RM 40.00
Regular price
RM 40.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Islam & Pemikiran Reformis Masa Hadapan: Mencerahkan Maqasid Yang Digelapkan

Penulis: Muhammad Faisal Abdul Aziz
Penerbit: ABIM & ILHAM Books
ISBN: 9789672158127
Year: 2015
Weight: 0.280 kg
Pages: 218 pp
Price: RM40

Selain mengupas konsep dan menggagaskan pembaharuan naratif seperti muwatinun, yakni muafakat dalam masyarakat plural, yang dahulunya dipopularkan melaluikonsep li ta'arafu, pengarang turut mengimbau aliran pemikiran reformis Islam semasa, dan antara yang saya kira menarik dalam konteks masyarakat Malaysia adalah dengan mengaitkan persoalan konsep dengankontroversi pelaksanaan hukum, konsep Negara Islam dan kalimah 'Allah'.
- ANWAR IBRAHIM, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat

Perkembangan islah dan tajdid tidakdapat dipisahkan dari proses pembaharuan pemikiran serta intelektual yang futuristik melangkaui zamannya. Maka, tidak dapat tidak, pasti akan ada golongan anak muda yang mewakili semangat zaman untuk menggalas amanah gelaran 'agen perubahan masyarakat' lantas menjadikan mereka sebagai peneraju tajdidi-islahi. Buku Islam & Pemikiran Reformis Masa Hadapan: Mencerahkan Maqasid Yang Digelapkan adalah sebahagian daripada manifestasi anak muda yang ingin tampil dan mencorak perubahan dalam masyarakat.

- MOHAMADRAIMI AB RAHIM, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia

MUHAMMAD FAISAL ABDUL AZIZ kini merupakan Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Sebelumnya pernah menjadi Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (LLM) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau juga sebelum ini berkhidmat sebagai Peguambela dan Peguamcara khususnya dalam kes melibatkan hak asasi manusia dan kes litigasi kepentingan awam.

Untuk bacaan pengenalan lanjut, boleh klik pada link di bawah:

Kata Pengantar Dato' Seri Anwar Ibrahim

Prakata Penulis