• Bantuan Demokrasi Dan Pendanaan Asing Di Malaysia Melewati Pertukaran Rejim
1

Bantuan Demokrasi Dan Pendanaan Asing Di Malaysia: Melewati Pertukaran Rejim

Regular price
RM 88.00
Sale price
RM 88.00
Regular price
RM 88.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Bantuan Demokrasi Dan Pendanaan Asing Di Malaysia: Melewati Pertukaran Rejim

Author: Muhamad Takiyuddin Ismail
Publisher: UM Press
ISBN: 9789674880873
Year: 2018
Pages: 0.491kg
Weight: 0.780kg
Price: RM88

Polemik mengenai bantuan demokrasi ataupun dikenali umum di Malaysia sebagai pendanaan asing merupakan isu yang meluas dibahaskan semenjak 2011 sehinggalah pasca Pilihan Raya Umum Ke-14. Biarpun bukan merupakan sebuah isu yang baru, pendendangan isu ini telah menimbulkan kepanikan moral apabila beberapa organisasi masyarakat sivil dan juga parti politik didakwa terlibat dalam aktiviti subversif bagi menjatuhkan pemerintah ketika itu, Barisan Nasional dengan kaedah yang tidak demokratik. Kempen penutupan ruang yang turut berlaku di peringkat antarabangsa ini menjadikan bantuan demokrasi telah disinonimkan sebagai satu instrumen pertukaran rejim. Buku yang disiapkan menerusi kajian selama lima tahun ini hadir bagi mendalami polemic mengenai bantuan demokrasi yang disalurkan ke Malaysia. Selain daripada karya pertama yang membincangkan secara komprehensif aktiviti, aktor, pendekatan dan bentuk bantuan demokrasi yang disalurkan ke Malaysia, ia juga menjawab beberapa persoalan penting yang sentiasa dibangkitkan oleh pengkritik seperti peranan Amerika Syarikat, bentuk bantuan yang diterima oleh parti-parti politik, kebebasan masyarakat sivil, peranan Anwar Ibrahim serta impak sebenar yang dihasilkan oleh program bantuan demokrasi di Malaysia. Memandangkan isu bantuan demokrasi seringkali dibingkaikan secara simplistik dan konspiratorial, wujudnya kesenjangan yang jelas antara kefahaman masyarakat dan pengkritik dengan realiti yang mengambil tempat di peringkat pelaksanaannya. Pertukaran rejim yang berlaku dalam PRU- 14 yang lalu juga telah meletakkan konteks tersendiri mengenai batasan yang wujud dalam memperkatakan peranan aktor luar dalam mempengaruhi trajektori pendemokrasian di sebuah negara semiautoritarian seperti Malaysia.