• Murtad
1

Murtad Terjemahan Karya Jack London

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 35.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Murtad

Author: Jack London
Translator: Daud Baharum
Publisher: Republik Buku
Format: Paperback
ISBN: 9789672288350
Pages: 164 p
Weight: 184 g
Year: 2026
Price: RM35

JACK LONDON orang segala lapangan hidup dan dari segala lapangan hidup inilah dia memperoleh bahan untuk cerita-ceritanya. Kehidupannya penuh dengan peristiwa-peristiwa yang aneh dan pahit: dia pernah menjadi kelasi, pernah menjadi ahli tinju, pernah dihukum penjara kerana tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap, pernah ditahan kerana mengucapkan pidato-pidato yang revolusioner, pernah menjadi wartawan di medan perang Jepun melawan Rusia di Korea dan pernah satu kali dia mencuba mengelilingi dunia dengan sebuah perahu. Ia mencaci kapitalisme tetapi dalam pada itu dia memperoleh lebih banyak wang daripada penulis-penulis lainnya dengan menulis untuk suratkhabar-suratkhabar kapitalis.

Dan dalam tulisan-tulisannya itu dia menyodorkan kekurangan dan ketidakadilan susunan masyarakat lama dan keyakinan yang dimiliki oleh golongan progresif dan revolusioner abad kesembilan belas bahawa atas reruntuhan susunan masyarakat lama itulah kelak manusia baru lelaki perempuan akan memperoleh kebahagiaan hidup. Kemudian, apabila dia membaca The Communist Manifesto (Manifesto Komunis), maka dia langsung menjadi anggota sosialis, kerana isi manifesto itu sesuai dengan pandangan hidupnya. Kata-kata kaum buruh seluruh dunia, bersatulah" menjadi semboyannya. Tetapi Jack London tidak mengingini sosialisme untuk dirinya sendiri, melainkan sosialisme itu dikehendakinya untuk manusia biasa yang wajib dilindungi serta dipimpin.