Perubahan Media Dan Tsunami Politik Malaysia
- Regular price
- RM 38.00
- Sale price
- RM 38.00
- Regular price
-
RM 38.00
Share
Perubahan Media dan Tsunami Politik Malaysia
Author: Mumtaz Aini Alivi
Publisher: Penerbit UUM
Format: Paperback
ISBN: 9786294912885
Pages: 166 p
Weight: g
Year: 2026
Price: RM38
Media memainkan peranan yang besar dalam mencorak politik sesebuah negara. Perkembangan pesat teknologi turut mengubah landskap politik negara yang tidak pernah dijangka akan berubah dengan drastik kesan daripada penggunaan meluas media baharu. Lebih 60 tahun landskap politik negara tenang tanpa banyak kejutan dalam setiap pilihan raya melalui mesej-mesej politik yang diterima rakyat daripada media tradisional. Tetapi, tsunami politik yang berlaku sejak pilihan raya umum tahun 2018 merubah segalanya. Ternyata media baharu merupakan ejen perubahan yang amat memberikan kesan kepada perjalanan politik negara yang penuh kejutan, kerana kandungannya yang lebih bebas dan lebih menyeluruh berbanding media tradisional yang telah mendominasi sejak merdeka.
Buku ini membincangkan dengan mendalam peranan media dalam penentuan agenda dalam mencorak pilihan pengundi dan pengaruh media baharu terhadap politik negara. Kupasan buku ini adalah melalui fakta intelektual dan saintifik daripada kajian ilmiah PhD penulis selain pengalaman beliau sendiri yang pernah bertugas sebagai pengamal media lebih dari dua dekad. Buku ini boleh menjadi rujukan penting dalam bidang akademik, pemimpin politik, pengamal media dan juga masyarakat yang mahu mendalami impak perubahan media dalam landskap politik Malaysia. Adakah media baharu membuka lebih kebebasan media dan lebih telus dalam membawa mesej politik kepada rakyat untuk menilai wakil rakyat dan parti politik? Kupasannya di dalam buku Perubahan Media dan Tsunami Politik Malaysia.