• 1
1

Mahakamus: Sebuah Novel

Regular price
RM 40.00
Sale price
RM 40.00
Regular price
RM 40.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Mahakamus

Author: Faisal Tehrani
Publisher: Cerekayasa 
Format: Paperback
ISBN: 9786297963082
Pages: 306 p
Weight: 365 g
Year: 2026
Price: RM 40

Ceritera futuristik manusia menentang mesin. Mahakamus ialah sebuah fiksyen sains fantasi air tangan Faisal Tehrani. Perjuangan seorang saintis memperbetulkan kesilapan lampaunya lantas bangkit menentang suatu percubaan mensanitasi sejarah oleh empayar pimpinan sang kapitalis, dengan dibantu oleh leluhurnya dari masa hadapan yang merentas jagat. Penuh simpang siur dalam nuansa kecerdasan buatan; atau apakah ia sebetulnya ‘kebuasan’ buatan?

Garis antarjagat kini bersimpul dan bertembung antara satu sama lain, menagih bukan hanya perhatian pembaca, bahkan hampir perlu menjadi seorang arkeologis demi menggali dan mengutip naratif yang bertaburan sepanjang maraton rentas jagat paling epik.

Apakah pada hujungnya, misi sang saintis itu tertebus dan lunas? Apakah leluhurnya berjaya menyelamatkan memori dan trauma yang cuba dipadam oleh empayar Baal?