• Image_109_bbd62f16-f7e6-4e50-888e-e670d4e98382_1024x1024_2x
1

Anak Raja Dengan Anak Papa

Regular price
RM 50.00
Sale price
RM 50.00
Regular price
RM 50.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Anak Raja Dengan Anak Papa

Author:  Mark Twain; Za'ba
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 9789836271860
Year: 2016
Pages: 422pp
Price: RM50

Kisah ini menceritakan tentang Edward Tudor, seorang anak raja, dan Tom Canty, seorang anak miskin (papa), yang membuat keputusan untuk bertukar identiti kerana masing-masing mahu merasai kehidupan berbeza yang disangkakan lebih menyeronokkan.

Namun, tanggapan mereka ternyata meleset apabila kehidupan baharu yang dilalui tidak seperti yang diimpikan. Walaupun timbul rasa penyesalan dalam diri masing-masing setelah menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dengan identiti baharu, mereka terpaksa menunggu dalam tempoh yang agak lama sebelum dapat bertukar semula ke identiti asal.

Buku Anak Raja dengan Anak Papa merupakan antara karya terawal yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1958. Penerbitan semula buku ini bertujuan mengimbas kembali warisan penerbitan awal DBP untuk tatapan generasi masa kini, di samping menyingkap sejarah perkembangan bahasa Melayu pada era awal pascamelepassan merdeka.