Tuhan Selepas Akal: Esei-Esei Seputar Sejarah, Tokoh & Idea Falsafah Barat
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 35.00
Share
Tuhan Selepas Akal: Esei-Esei Seputar Sejarah, Tokoh & Idea Falsafah Barat
Author: Fakhry Harraz
Publisher: Republik Buku
Format: Paperback
ISBN: 9789672288411
Pages: 181 p
Weight: 200 g
Year: 2026
Price: RM35
Buku kecil ini saya namakan Tuhan Selepas Akal. Buku ini lahir daripada himpunan catatan dan renungan sepanjang mengikuti kuliah Sejarah Intelektual Barat Western Intellectual History bersama pensyarah saya, Dr. Mohd Helmi, disertai dengan pembacaan pelbagai karya-karya falsafah dan syarahan-syarahan akademik di atas talian yang terlalu banyak untuk disenaraikan. Segala yang terkumpul di dalam buku ini merupakan rakaman perjalanan saya dalam memahami evolusi pemikiran manusia di Barat, bermula dengan akar metafizik hingga ke cabang nilai dan makna. Adapun perjalanan saya ini masih panjang dan masih berjalan sehingga ke hari ini.
Buku kecil ini merupakan koleksi catatan pengembaraan saya menuju hikmah di ranah pemikiran Barat. Memetik ungkapan emas daripada Dr. Saiful Akram, "Kita ikat apa yang kita faham itu dengan penulisan." Dengan mengambil semangat beliau itu, saya menulis apa yang saya belajar dan kutip sepanjang pengembaran saya mendalami sejarah pemikiran Barat.
Seperti yang pernah diingatkan juga oleh Dr. Saiful Akram dalam salah satu kuliah beliau; "fikiran kita itu perlu diganggu, diperkelahi, diperbalahi, diperdebatkan secara intelektual dari semasa ke semasa, kerana itulah yang menghidupkan daya fikir. Itulah yang menjadi gizi untuk akal." Pesanan ini saya temukan gemanya dalam kata Tuan Haji Zainal Rashid Ahmad, bahawa membaca itu ialah gimnasium yang memperkuatkan akal.